Adabi memang merupakan sebuah jenama yang tidak asing bagi rakyat Malaysia. Antara produk Adabi yang sinonim dan popular dalam masakan adalah Sup Bunjut, Serbuk Kari, Serbuk Kunyit, Tepung Cucur dan Perencah Nasi Goreng. Tapi buat pengetahuan umum Adabi mempunyai lebih 200 produk yang terdapat di pasaran. Maklumat lanjut layari www.adabi.com

Berikut adalah antara 10 produk baru Adabi yang anda patut tahu.

1. Serbuk Gulai Ikan Adabi

Adabi Gulai-Ikan-24g_
Serbuk Gulai Ikan Adabi

Serbuk Gulai Ikan Adabi merupakan produk terbaharu untuk tahun 2021. Produk ini dirumus khas menggunakan ramuan daripada baka cili istimewa. Gulai ini adalah inspirasi masakan kari/gulai  yang lazimnya terdapat di kawasan Utara Malaysia. Warna kuahnya kemerahan dan boleh juga dimasak menggunakan santan ataupun tidak mengikut pilihan citarasa anda.

2. Sos Korea Adabi

Adabi Sos-Korea-Pedas-340g_New
Sos Korea Pedas Adabi

Bagi penggemar makanan Korea, Adabi tidak ketinggalan dalam memnyediakan produk istimewa Sos Korea Adabi. Sesuai dijadikan sebagai salutan ayam goreng atau pencicah makanan goreng ramai yang jatuh hati dengan rasa kepedasan istimewanya. Sesuai juga digunakan di dalam masakan.

3. Sos Tiram Adabi

Sos-Tiram-340g
Sos Tiram Adabi

Sos Tiram Adabi buatan asli ini mula diperkenalkan sejak tahun 2020. Kelebihan Sos Tiram Adabi ialah ianya boleh digunakan sebagai penambah rasa, perapan dan menaikkan aroma lazat di dalam masakan tanpa menambah bahan yang tinggi kalori ke dalam menu pilihan anda. Malah formula Sos Tiram Adabi adalah bebas kolesterol dan hampir tiada lemak. Daripada segi rasa pula, Sos Tiram Adabi memberi imbangan rasa masin dan manis dan sesuai untuk masakan seperti tumisan sayuran malah boleh juga digunakan di dalam masakan berasaskan daging, ayam atau aneka makanan laut. Rasanya yang bersifat ‘universal’ mudah disebatikan dalam apa jua masakan harian. 

4. Kerispi – Snek Kacang Bersalut oleh Adabi

Berita baik di Aidilfitri nanti, anda boleh jadikan kacang bersalut Kerispi sebagai salah satu snek buat tetamu yang hadir. Kerispi Kacang Bersalut keluaran Adabi ini mempunyai 3 perisa unik – Original, Classic Squid & Chilli Squid. Malah jenama ini juga menawarkan Muruku perisa Original & Spicy. Antara jenama rangkaian snek Adabi yang lain ialah Flamitoz.

5. Perencah Oden Tomyam & Kimchi

Adabi juga memperkenalkan Perencah Oden dalam dua perisa iaitu Tom Yam dan Kimchi. Produk ini bagi memenuhi kehendak pengguna yang yang sukakan masakan Jepun dan kini disesuaikan dengan citarasa tempatan. Sesuai dijadikan sup untuk masakan ‘steambot’.

6. Kicap Adabi & Kicap Kahwin ‘Simbolik Kasih Adabi’

Kicap Adabi bukanlah produk baru tetapi bagi mereka yang tak tahu kena ambil tahu. Kicap Adabi diperbuat daripada perahan kacang soya yang pertama. Ini bagi memastikan kualitinya tetap premium. Terdapat dalam 4 variasi, Kicap Lemak Manis dan Kicap Lemak Masin sesuai dijadikan sebagai bahan masakan. Manakala Kicap Manis dan Kicap Masin pula sesuai dibuat pencicah. Sesuai untuk pelbagai jenis masakan, Kicap Adabi – Citarasa Tiada Tandingan! Terbaharu, Adabi juga menawarkan khidmat tempahan Kicap Kahwin Simbolik Kasih sesuai dijadikan cenderahati untuk pelbagai majlis.

7. Tepung Goreng Ayam Adabi Asli & Pedas

Bagi pencinta ayam goreng , dapatkan salutan Tepung Goreng Ayam Adabi sama ada dalam perisa Asli atau Pedas. Formula barunya kini lebih mudah kerana tidak memerlukan telur. Lebih Rangup, Lebih Sedap! Kalau disalut dengan Sos Korea Adabi pasti memikat selera.

8. Ketupat Adabi

ketupatmini_adabi
Ketupat Mini Adabi

Ketupat Adabi pastinya pilihan terbaik sempena Hari Raya. Terdapat di dalam saiz mini, biasa dan ekonomi. Ketupat Adabi mengandungi aroma wangi daun pandan. Jika digabungkan dengan Kuah Kacang Adabi dalam tin pastinya gabungan yang mantap.

9. Perencah Mee Goreng Adabi

Perencah-MEE-GORENG-120g
Perencah Mee Goreng Adabi

Dapatkan Perencah Mee Goreng Adabi sebagai solusi mudah dalam menyiapkan sajian kegemaran Mee Goreng. Sesuai sebagai makanan dan sajian tambahan buat tetamu di Hari Raya.

10. Rangkaian Produk Tin Adabi

Bagi mereka yang memerlukan sajian mudah dan siap untuk dimakan, Adabi mempunyai pelbagai rangkaian makanan siap di dalam tin seperti Kari Ayam, Rendang Ayam & Daging, Kari Kambing, Kuah Kacang Kurma Ayam & Daging. Malah Sardin Adabi juga antara pilihan para pengguna.

Dapatkan barangan Adabi secara online di sini. Saksikan rancangan khas 30 Resipi Ramadan Adabi di Youtube Adabi Malaysia Official dan dapatkan pelbagai resepi menarik Adabi di Kuali. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Adabi

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published.