• Prep Time 30 minutes
  • Cook Time 75 minit minutes
  • Serving For 8 people
  • Difficulty Normal
Favorite

Recipe Description

Welcome, Kuali Bakers! This time, we are showcasing all the most ‘terer’ Malaysian-themed burnt cheesecake submissions here! To enter our giveaway, all you need to do is serve up your most ‘terer’ Malaysian-themed burnt cheesecake using Anchor Cream Cheese, which is the key ingredient to a yummylicious silky burnt cheesecake. Read our full instructions here to win! This recipe is courtesy of Zirah Zahari for the “Burnt Cheesecake, Let’s Make It Malaysian-lah!” Contest.

This recipe is best with
Anchor Cream Cheese

Recipe Ingredient

  • Bahan A
  • 3/4 Cawan Beras Pulut
  • 1/2 Cawan Santan Kotak
  • Sedikit Garam
  • Bahan B
  • 500gram Anchor Cream Cheese
  • 250ml Whipping Cream
  • 120gram Susu Pekat
  • 160gram Isi Durian
  • 4 Biji Telur Gred A
  • 3/4 Cawan Cendol (Tapis)
  • Bahan C
  • 1 Keping / 92gram Gula Melaka
  • 1/2 Cawan Air
  • Daun Pandan
  • 3/4 Cawan Santan Kotak
  • Sedikit Garam
  • Durian (Hiasan)
  • Cendol (Hiasan)

Instructions

  1. Sediakan Bahan A. Rendam beras Pulut selama 1 jam. Kemudian toskan air. Masukkan ke dalam bekas, Kukus selama 25 minit separuh masak, dan masukkan santan bersama garam, gaul rata. Kukus lagi selama 20 minit.
  2. Sementara itu, sediakan adunan kek Bahan B. Satukan Anchor cream cheese, whipping cream dan susu pekat ke dalam mangkuk, pukul sehingga sebati.
  3. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji, diikuti dengan isi durian. Pukul sehingga adunan sekata semuanya akhir sekali masukkan cendol. Gaul sebati dengan senduk.
  4. Sediakan loyang 7 inch. Sapu dengan sedikit butter dan lapik loyang dengan kertas baking.
  5. Masukkan pulut yang dikukus tadi ke dalam loyang. Ratakan sehingga padat. Kemudian tuangkan adunan kek.
  6. Bakar pada suhu 200-210 darjah selama 50-55 minit atau bergantung pada suhu oven masing-masing. Saya bakar secara 'water bath'. Supaya pulut tidak keras dan hangus. Letak air dalam loyang yang besar kemudian baru letakkan loyang kek tadi. Panaskan oven terlebih dahulu sebelum kek dibakar.
  7. Untuk Bahan C pula, satukan gula melaka, daun pandan dan air ke dalam periuk. Masak dengan api yang kecil Sehingga gula larut. Ketepikan dan Sejukkan.
  8. Kemudian satukan santan dan sedikit garam, masak dengan api yang kecil. Kacau rata dan bila nampak buih kecil boleh tutup api. Sejukkan.
  9. Bila kek sudah masak sejukkan di dalam peti semalaman. Kemudian boleh hiaskan kek mengikut kreativiti.
User Type: anonymous web
Campaign ID: 2
Cxense type: free

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published.