• Prep Time 60 minutes
  • Cook Time 120 minutes
  • Serving For 12 people
  • Difficulty Easy
Favorite

Recipe Description

Welcome, Kuali Bakers! This time, we are showcasing all the most ‘terer’ Malaysian-themed burnt cheesecake submissions here! To enter our giveaway, all you need to do is serve up your most ‘terer’ Malaysian-themed burnt cheesecake using Anchor Cream Cheese, which is the key ingredient to a yummylicious silky burnt cheesecake. Read our full instructions here to win! This recipe is courtesy of Cheah Guat Im for the “Burnt Cheesecake, Let’s Make It Malaysian-lah!” Contest.

This recipe is best with
Anchor Cream Cheese

Recipe Ingredient

  • Bahan untuk Crust-adunan biskut untuk lapisan bawah:
  • 75gm Anchor Salted Butter, di cairkan
  • 150gm Biskut Oreo tanpa krim, dihancurkan
  • Bahan untuk Cheesecake-Lapisan MILO (pastikan semua bahan berada pada suhu bilik:
  • 400gm Anchor Dairy Whipping Cream
  • 380gm Serbuk MILO
  • 20gm Serbuk koko
  • 100gm Susu pekat manis
  • 200gm (4biji) Telur
  • 1 tsp Esen Vanila
  • 500gm Anchor Cream Cheese
  • Bahan untuk Cheesecake-Lapisan Susu (pastikan semua bahan berada pada suhu bilik):
  • 150gm Anchor Cream Cheese
  • 50gm Susu pekat manis
  • 1 tsp Esen Vanila, 50gm (1 biji) Telur
  • 100gm Anchor Dairy Whipping Cream
  • Bahan untuk Bebola Cheese MILO:
  • 250gm Anchor Cream Cheese
  • 1 tsp Esen Vanila
  • 300gm Serbuk MILO
  • 20gm Serbuk koko
  • Untuk salutan bebola keju: 1/2 cawan serbuk koko
  • Bahan untuk Sos Cheese:
  • 180gm Anchor Cream Cheese
  • 80gm Susu Pekat Manis
  • 80gm Anchor Dairy Whipping Cream
  • 80gm Anchor UHT Full Cream Milk

Instructions

  1. Sediakan loyang bulat 8inci. Gris dan lapikkan dengan kertas baking. Pastikan kertas tepi melebihi ketinggian loyang sebanyak 1inci (untuk menampung adunan semasa dalam oven)
  2. Panaskan oven 200C, api atas bawah (suhu bergantung pada oven masing-masing)
  3. Penyediaaan Crust:
  4. Campurkan Anchor Salted Butter yang telah dicairkan dengan biskut oreo yang telah dihancurkan. Kacau sebati dan padatkan ke dalam dasar loyang. Cucukkan sedikit dengan garfu dan bakar sekejap di dalam oven selama 5 minit. Sejukkan pada suhu bilik.
  5. Penyediaan adunan Cheesecake MILO:
  6. Panaskan Anchor Dairy Whipping Cream (sehingga suam sahaja). Campurkan serbuk MILO dan serbuk koko. Kacau sebati, Masukkan susu pekat manis, telur dan esen vanila. Adun sebati dan ketepikan. Gunakan paddle attachment, mixer speed rendah dan sederhana sahaja untuk proses mengadun dari awal sehingga akhir. Putarkan Anchor Cream Cheese sehingga licin dan tidak berketul. Campurkan adunan MILO yang telah siap tadi ke dalam cream cheese dan adun sehingga sebati sahaja. Tapiskan adunan dan tuangkan adunan ke dalam loyang. Ketepikan.
  7. Penyediaan adunan Cheesecake Susu:
  8. Putarkan Anchor Cream Cheese sehingga licin dan tidak berketul. Masukkan susu pekat manis, telur, dan esen vanilla. Putar sehingga sebati. Campurkan Anchor Dairy Whipping Cream dan adun sehingga rata sahaja. Tapiskan adunan dan tuangkan ke atas adunan MILO tadi secara perlahan-lahan menggunakan senduk supaya adunan tidak tercampur.
  9. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada 200C selama 50minit. Boleh naikkan suhu ke 220C pada 10minit terakhir untuk perangkan/caramelised bahagian atas cheesecake. Bakar sehingga tepi cheesecake set, tetapi di tengah masih lembut. Selepas siap dibakar, tutup suis oven dan biarkan cheesecake di dalam oven dengan pintu direnggangkan sedikit selama 30minit. Keluarkan cheesecake dari oven dan biarkan hingga mencapai suhu bilik, baru disimpan ke dalam peti sejuk. Boleh juga dihidangkan suam tanpa disimpan di dalam peti sejuk.
  10. Penyediaan Bebola Cheese Milo:
  11. Putarkan Anchor Cream Cheese sehingga licin dan tidak berketul. Masukkan esen vanilla, serbuk MILO dan serbuk koko. Putar sehingga sebati sahaja. Simpan adunan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 3 jam. Keluarkan dari peti sejuk dan bentukkan bebola saiz 1 inci (lebih kurang 25gm). Pastikan tangan disalut dengan serbuk koko untuk menyenangkan membentuk adunan. Golekkan bebola cheese ke dalam serbuk koko. Buat sehingga habis. Simpan bebola cheese di dalam peti sejuk sehingga hendak dihidangkan bersama cheesecake.
  12. Penyediaan Sos Cheese:
  13. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam blender dan blend sehingga sebati dan licin. Simpan sos di dalam peti sejuk sehingga sedia hendak dihidangkan bersama cheesecake.
  14. Cara hidangan Milo Susu Burnt Cheesecake:
  15. Ayakkan serbuk koko di atas cheesecake. Letakkan bebola cheese MILO di atas cheesecake. Potong cheesecake menggunakan pisau panas untuk mendapatkan potongan yang kemas. Hidangkan bersama sos cheese.

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published.