• Prep Time 20 minutes
  • Cook Time 20 minutes
  • Serving For 4 people
  • Difficulty Easy
Favorite

Recipe Ingredient

  • Bahan A:
  • 1.5 kg tulang lembu (bahagian rusuk dsb) – dicuci hingga bersih dan toskan
  • 1 inci halia – diketuk
  • 1 sd besar lada hitam – ditumbuk
  • 1 sd teh garam kasar
  • 1 sd besar gula batu (1″ persegi)
  • 5 liter air
  • Bahan B (Tumbuk bersama):
  • 1 labu bawang besar
  • 7 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 sd besar jintan manis
  • 1 sd besar lada hitam
  • 5 ulas bawang merah
  • Bahan c (Rempah Tumis):
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 3 biji bunga lawang
  • 7 biji cengkih
  • 4 biji buah pelaga
  • 1 labu bawang besar – dihiris halus
  • Bahan lain:
  • 4 biji kentang – potong 2
  • 10 biji cili api – dibelah 2
  • 2 btg lobak merah – hiris kasar
  • 3 biji tomato besar – dibelah 4
  • ¾ cawan minyak
  • 2 bunjut rempah sup tulang
  • 3 sd besar sos tiram
  • 2 sd besar sos ikan
  • 1 sd besar garam (atau secukup rasa)
  • ½ sd teh serbuk perasa
  • 1 biji limau nipis diambil jus
  • Taburan:
  • 600 gm bawang merah – hiris nipis dan buat bawang goreng, gunakan minyak bawang untuk menumis
  • daun sup dan daun bawang

Instructions

  1. Dalam periuk besar masukkan tulang yang telah dibersihkan dan masukkan air, halia, gula batu, garam kasar, lada hitam tumbuk dan halia. Didihkan atas api kecil (bertutup) hingga tulang empuk (seeloknya +-6 jam-tambah air lagi jika perlu) dan stok tinggal sebanyak 2.8 liter sahaja.
  2. Dalam kuali panaskan minyak bawang dan tumis bawang hiris hingga mula kuning, baru masukkan baki bahan C dan kacau. Masukkan bahan B dan tumis hingga garing dan masukkan rempah sup kacau sebentar, masukkan 1 senduk stok dan kacau sebentar dan tuang bahan tumis ini kedalam periuk stok tulang dan kacau, didihkan kembali, masukkan garam, serbuk perasa, sos tiram dan sos ikan, tutup dan biarkan mendidih lagi.
  3. Kemudian masukkan separuh bawang goreng dan kentang didihkan lagi hingga kentang empuk, baru masukkan cili api, 1 sd besar hirisan daun sup dan lobak merah, didihkan 10 minit dan masukkan tomato. Didihkan 5 minit dan padamkan api. Tuang jus limau rata2 dan kacau. Hidangkan bersama taburan.

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published.