KUALI | Video
Sekali suap terus terpikat, putu mayam lembut manis berlemak
BERBANDING kebanyakan putu mayam yang dijual tebal, gerai ini tampil berbeza dengan menyajikan putu mayam lebih nipis dan sedang elok untuk dimakan.
Walaupun hadir dengan kelainan, ia tetap mengekalkan rasa tradisi — tekstur halus, aroma harum serta kombinasi manis-lemak yang begitu memikat.
Dengan hanya RM5 sebungkus, putu mayam di sini didatangkan dengan dua pilihan perisa iaitu asli dan pandan
Lokasi: Putu Mayam Sri Gombak, Pasar Malam Pantai Dalam
Waktu operasi: 2.30 petang - 7 malam (setiap hari)
Tonton video penuh di YouTube Kuali.
