Inilah Kuali!
Seiring dengan peredaran masa dan memenuhi permintaan ramai, portal resipi dan masakan Kuali yang sebelum ini diterbitkan dalam Bahasa Inggeris, melalui transformasi kandungannya kepada Bahasa Melayu.
Sebahagian daripada produk digital terbitan Kumpulan Media Star, Kuali yang diperkenalkan sejak 1998 mengekalkan fungsi serupa dengan menekankan kandungan cita rasa pilihan rakyat Malaysia.
Kuali dalam Bahasa Melayu ini secara rasmi menemui pembaca pada 1 Julai 2025 bersamaan 4 Muharam 1447, tahun baharu Hijrah.
Matlamat utama Kuali ialah untuk berkongsi kecintaan terhadap makanan bermula daripada resipi warisan tradisi turun temurun kepada makanan moden serta cita rasa yang menjadi sebutan dan pilihan ramai.
Makanan dan minum viral, kelazatan sajian di warung, air tangan selebriti, petua serta pelbagai seni kulinari timur dan barat menjadi pilihan Kuali selain mengikut trend terkini dalam menampilkan kandungan segar kepada pembaca.
Dengan tagline Lebih Daripada Resipi, Kuali berwajah baharu turut menampilkan kandungan semasa iaitu trending terpilih dalam usaha memastikan pembacanya tidak tertinggal dalam memperoleh maklumat terkini, tidak hanya berkaitan makanan semata-mata.
Penerokaan Kuali turut tertumpu kepada lokasi-lokasi strategik dan menarik bukan sahaja di kafe, restoran dan hotel-hotel ternama tetapi di gerai, lorong serta makanan jalanan agar pembaca mempunyai banyak pilihan dalam mencari destinasi makanan terbaik, lazat, unik dan menarik.
Teruskan menyokong Kuali! Sebarang maklum balas anda, kami nantikan!