Tak sangka santan boleh jadi syampu... Bantu lebatkan rambut, atasi masalah gugur
MUNGKIN kedengaran pelik tapi santan yang biasanya digunakan dalam masakan juga memiliki khasiat yang dikatakan mampu mencantikkan rambut.
Menurut perkongsian @szrinaaasuria, dia mengamalkan penggunaan santan sebagai hairmask untuk melebatkan rambut, sama seperti seorang lagi individu yang turut menggunakan cara sama.
Jelasnya, dia mendapati petua tersebut berkesan apabila rambutnya kini kurang mengalami keguguran.
"Saya dah cuba cara ni sekali, dan ternyata rambut gugur memang berkurang.

"Menyesal baru tahu, lepas ni tak payah bazir duit beli syampu mahal tapi hasilnya tak seperti diharapkan," katanya.
Tambahnya, apa sahaja jenis santan boleh digunakan, namun sebaiknya guna yang segar dan baru diperah.
Santan kaya dengan vitamin E dan lemak semula jadi, yang membantu menyihatkan kulit kepala serta menguatkan akar rambut.
Khasiatnya sama seperti minyak kelapa yang terkenal untuk melebatkan rambut dan membuatkan helaian rambut lebih lembut dan bersinar.
MENARIK DIBACA: Teknik siram kepala guna air kopi kuatkan akar dan rambut bertambah lebat!
MENARIK DIBACA: Kepala hampir botak akibat rambut gugur, 2 bahan ini kembalikan keyakinan anda
Cara-caranya:
- Lumurkan santan ketika rambut tengah kering.
- Urut kulit kepala selama 15–30 minit untuk khasiat meresap.
- Bilas rambut hingga bersih, kemudian syampu (sebaiknya cuci 2 kali).
- Pastikan bilas dengan air secukupnya agar rambut tidak berminyak.
- Selepas sekali penggunaan, anda akan rasa rambut lebih lembut, lurus dan mudah diurus.