KUALI | Resipi Tradisi

Resipi daging goreng berlengas cara orang Kelantan, memang bertambah nasi

Lead Image

SIAPA yang tidak tergoda dengan aroma harum daging goreng berlengas yang baru keluar dari kuali?

Bau menyengat wangi seolah-olah memanggil membuatkan perut terus berbunyi menanti suapan pertama.

Daging lembut bersama bawang wangi dan rasa berlengas yang melekat inilah menjadikan rasanya cukup sempurna.

Daging goreng berlengas yang dimasak basah menghasilkan aroma wangi memikat.

Berbeza dengan hidangan daging biasa, masak berlengas menyimpan rahsia tersendiri bukan sahaja memikat lidah tetapi juga menawan hati sesiapa yang mencubanya.

Kombinasi rempah ratus dan cara memasak yang betul menjadikan resipi Kelantan ini terasa penuh rasa, manis, pedas dan wangi sukar dilupakan.

MENARIK DIBACA: Cara buat pulut tetal rupanya tak susah, cicah dengan kaya pandan memang sedap!

MENARIK DIBACA: Mudah dan sedap... Ini resipi bubur cha cha cara orang lama, 5 minit dah siap!

Bahan-bahan

  • 500g daging lembu 
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah
  • 1 biji bawang besar 
  • 1–2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu kecil kicap masin
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk lada hitam /lada putih secukupnya
  • Minyak masak

Cara penyediaan

  1. Gaulkan daging dengan sos tiram, kicap manis, kicap masin dan lada. Perap lebih kurang 10–15 minit.
  2. Masukkan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga naik bau.
  3. Masukkan bawang merah dan bawang besar. Tumis sampai layu dan sedikit keperangan.
  4. Masukkan daging perap. Goreng dengan api sederhana-besar supaya daging cepat masak dan berjus, bukan berair.
  5. Teruskan mengacau sampai daging empuk dan kuah kering melekat pada daging (berlengas). Perasakan dengan garam jika perlu.
  6. Tutup api dan sedia dihidangkan panas-panas.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Tradisi

Tambah petai terus bangkit selera! Resipi cencaru sumbat sambal pikat selera

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Tradisi

Resipi nasi ayam Hainan paling mudah! Sedap tak kalah macam makan dekat kedai

Terhangat