KUALI | Resipi Tradisi

Kena cuba! Campuran 3 rempah ini buat gulai pisang tumis darat bertambah sedap

Lead Image

JIKA anda ingin mencuba menu kampung yang unik dan menyelerakan, gulai pisang tumis darat adalah pilihan tepat. 

Menggunakan pisang mas muda sebagai bahan utama, gulai ini dimasak dengan beberapa jenis rempah serta ditambah tumis darat untuk menaikkan aroma dan rasa.

Campuran tiga rempah iaitu ikan, daging atau ayam dan serbuk cili menaikkan rasa gulai serta memberi aroma wangi. 

Rasa gulai yang kaya dengan rempah-ratus enak dimakan bersama nasi panas dan sambal belacan.

Untuk anda yang teringin menikmati hidangan ini, jom ikuti resipi yang dikongsikan pempengaruh masakan terkenal Hadi Salleh.

MENARIK DIBACA: Tambah petai terus bangkit selera! Resipi cencaru sumbat sambal pikat selera

MENARIK DIBACA: Kuali lama boleh jadi baru, hanya guna garam dalam teknik ‘seasoning’ 

Bahan gulai

  • Pisang mas muda
  • Air
  • 1 cawan santan
  • 1 sudu kecil asam jawa
  • 1 sudu kecil garam kasar

Bahan A

  • 8 biji buah keras
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 1 inci halia

Bahan B

  • 2 sudu besar rempah ikan
  • 1 sudu besar rempah daging/ayam
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 genggam ikan bilis

Bahan tumis darat

  • Bawang merah kecil (dihiris)
  • Bawang putih (dihiris)
  • Cili kering
  • Daun kari

Langkah penyediaan

  1. Siat kulit bahagian luar pisang dan rendam pisang bersama kulit yang disiat tadi ke dalam air garam selama beberapa minit.
  2. Toskan pisang yang telah direndam dalam air garam dan masukkan ke dalam periuk.
  3. Kisar bahan A sehingga halus kemudian tuang ke dalam periuk berisi pisang.
  4. Masukkan bahan B dan tuangkan air sehingga pisang tenggelam kemudian kacau sehingga rata.
  5. Masak menggunakan air sederhana sehingga pisang empuk.
  6. Masukkan santan, air, garam kasar dan asam jawa dan biarkan seketika.
  7. Sambil menunggu santan pecah minyak, sediakan bahan tumis darat dan tumis bahan sehingga layu.
  8. Tuang bahan tumis darat ke dalam periuk berisi gulai pisang dan gaul sebati.
  9. Siap untuk dihidangkan. Makan pula dengan sambal belacan memang sedap. Selamat mencuba!
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Tradisi

Masak lemak ketam paling senang, tapi teknik kena betul baru sedap!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Tradisi

Resipi masak lemak taugeh ala kampung, campur kuning telur masin lagi terangkat!

Terhangat