info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Tradisi

Singgang tenggiri mudah nak buat, enak tak terkata! 'Confirm' jadi walau tak pandai masak

Lead Image

LAUK singgang menjadi salah satu hidangan tradisional kegemaran ramai kerana rasanya yang enak dan menyegarkan serta mudah disediakan.

Buat anda yang baru sahaja 'berjinak-jinak' di dapur pasti menyangka masakan ini susah untuk dimasak.

Di Threads, seorang wanita dikenali sebagai sheeyyrraa10 berkongsi resipi ikan tenggiri masak singgang yang dikatakan sesuai untuk mereka yang baru belajar memasak.

Menurutnya, hidangan tersebut tidak memerlukan bahan-bahan rumit.

"Kalau korang selalu ingat masak singgang susah, cuba tengok resipi ni dulu!

"Serius mudah bahan pun ringkas saja. Tapi bila siap, kuah dia memang buat bertambah nasi!" tulisnya.

Antara bahan-bahan yang digunakan untuk membuat ikan tenggiri masak singgang. - Sheeyyrraa10

Bahan-bahan

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Asam keping
  • Cili
  • Lengkuas
  • Ikan tenggiri
  • Bendi
  • Garam
  • Serbuk perasa

MENARIK DIBACA: Simpan durian 'frozen' dalam bekas banyak kelemahan, teknik balut lebih tahan lama

MENARIK DIBACA: Beli Musang King RM400, dapat isi hancur! Penjual 'refund' RM200 tapi tak ikhlas, mengaku 'tak halalkan'

Cara penyediaan

  1. Masukkan air dalam periuk.
  2. Masukkan bawang merah, bawang putih, cili, lengkuas dan asam keping.
  3. Rebus sehingga air mendidih.
  4. Apabila sudah mendidih, masukkan ikan tenggiri.
  5. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya.
  6. Biarkan sehingga ikan masak sepenuhnya.
  7. Akhir sekali, masukkan bendi dan masak seketika sahaja.
  8. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tradisi

Enaknya ayam masak Bangladesh, baru hidu aroma perut mula berkeroncong

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tradisi

Bosan masak lauk sama? Cuba buat karahi daging... Rasa pedas, masam berlemak

Terhangat