KUALI | Menu Viral

Coklat, mentega dan kopi antara 6 makanan ‘kawan’ kesihatan jantung dan otak

Lead Image

BUKAN semua makanan sedap dilabelkan sebagai perosak kesihatan. 

Jika kena dengan caranya, makanan seperti coklat, mentega dan kopi sebenarnya boleh jadi ‘kawan baik’ untuk kesihatan jantung, otak bahkan sistem imun. 

Lebih dari sekadar penyedap selera, hidangan seperti telur dan makanan diperam turut dikenali sebagai superfood semula jadi di luar jangkaan umum.

Jom kenali enam makanan paling sihat di dunia memiliki keistimewaan nutrisi tersendiri!

Coklat gelap dilengkapi dengan kandungan antioksidan baik untuk melindungi sel badan.

1. Coklat gelap, manis pahit berkhasiat

Coklat gelap dilengkapi dengan kandungan antioksidan baik untuk melindungi sel badan daripada kerosakan dan menyokong kesihatan jantung.

Pengambilan coklat ini secara sederhana boleh menyokong kesihatan jantung dengan meningkatkan aliran darah, menurunkan tekanan darah dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. 

Coklat ini juga dapat membantu meningkatkan emosi dan fungsi otak kerana bahan bioaktif di dalamnya mempengaruhi pengeluaran serotonin dan aliran darah ke otak.

Mentega asli kaya dengan vitamin larut lemak seperti A, D, E, dan K.

2. Mentega asli bukan sekadar bahan perasa

Mentega asli kaya dengan vitamin larut lemak seperti A, D, E, dan K yang masing-masing memainkan peranan penting dalam tubuh. 

Vitamin A bertindak untuk menyokong penglihatan dan sistem imun manakala vitamin D membantu penyerapan kalsium untuk tulang. 

Pengambilan vitamin E juga baik dalam melindungi kulit dan vitamin K dalam mentega pula penting untuk pembekuan darah serta kesihatan tulang.

Telur antara sumber protein berkualiti tinggi.

3. Telur superfood mudah

Telur antara sumber protein berkualiti tinggi lengkap dengan semua asid amino penting, menjadikannya ideal untuk pembinaan dan pemulihan otot. 

Telur kaya dengan vitamin B seperti B12, B2 dan B6 menyokong metabolisma tenaga.

MENARIK DIBACA: Kajian dapati lipas hasilkan susu 3 kali lebih berkhasiat berbanding susu lembu

MENARIK DIBACA: Ramai tak suka sebab rasa macam lipas, daun ketumbar simpan 1,001 khasiat... Boleh bantu pesakit diabetes turunkan bacaan gula

Kandungan kolin dalam telur juga penting untuk merangsang fungsi otak untuk proses pembelajaran lebih efektif dan menguatkan memori. 

Makanan peram mengandungi probiotik semula jadi bermanfaat untuk sistem penghadaman.

4. Makanan diperam baik untuk usus

Jika di Korea terkenal dengan kimchi, Malaysia juga tidak kurang hebar terkenal dengan aneka pilihan makanan peram seperti tempe, tapai dan jeruk.

Makanan peram mengandungi probiotik semula jadi bermanfaat untuk sistem penghadaman.

Tembikai antara buah sering dipandang ringan sedangkan ia kaya dengan khasiat.

5. Kesegaran buah tembikai 

Tembikai antara buah sering dipandang ringan sedangkan ia kaya dengan khasiat. 

Buah ini kaya dengan kandungan air tinggi, vitamin C dan likopena, serta sebatian antioksidan bermanfaat untuk kesihatan kulit dan jantung. 

Vitamin C dalam tembikai membantu memperbaiki tisu kulit dan menyokong sistem imun, manakala likopena dikaitkan dengan pengurangan risiko penyakit kardiovaskular.

Amalkan kopi setiap hari membantu untuk mengawal fokus lebih baik.

6. Kopi bantu tingkat fokus 

Kopi mengandungi pelbagai antioksidan semula jadi, termasuk asid klorogenik membantu melawan kerosakan sel akibat radikal bebas. 

Kandungan kafein dalam kopi pula boleh meningkatkan fokus, kewaspadaan dan tahap tenaga secara sementara.

Kopi juga dikaitkan dengan penyokongan kesihatan otak, termasuk peningkatan daya ingatan.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Menu Viral

Jangan buang! Kulit tembikai boleh dijadikan halwa, sedap dimakan bersama nasi

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Menu Viral

RM8 secawan! Muzium di Beijing jual kopi lipas, rasanya tak seteruk disangka

Terhangat