Botol Sambal Nyet Bilis pecah, ramai cadang KA tambah baik kualiti bungkusan
SEJAK diperkenalkan di pasaran, Sambal Nyet Ikan Bilis mendapat sambutan hangat sehingga ramai sanggup 'battle' untuk mencuba sendiri produk keluaran pempengaruh masakan, Khairul Aming (KA).
Di sebalik keterujaan mencuba produk ini, seorang wanita kecewa apabila botol sambal diterimanya didakwa berminyak dan pecah ketika bungkusan dibuka.
Menerusi satu hantaran di Threads, wanita itu mengaku teruja menerima ‘parcel’ dari Kelantan.
Kongsinya, dia sudah dapat mengagak isi berkenaan dan tidak sabar untuk membukanya kerana ketika itu sedang lapar.

“Excited buka sebab tengah lapar. Otak tengah fikir nak makan dengan nasi panas, mesti best.
“Sekali, leaking (bocor). Dengan postcard sekali bersalut minyak,” katanya.
Menurutnya, dia kemudian menghubungi pihak pengurusan Khairul Aming bagi memaklumkan keadaan sambal tersebut dan dimaklumkan pasukan KA sedang bercuti pada hari itu.
Justeru wanita itu meminta ‘izin’ untuk menikmati sambal itu terlebih dahulu sementara menunggu maklum balas pihak berkenaan.
“Saya contact team KA, tapi mereka cuti hari ini. So, minta halal ye KA, boleh saya makan dulu? Macam lama nak tunggu respond esok,” ujarnya.
Selepas memeriksa bungkusan dengan lebih teliti, wanita itu mendapati punca sambal tersebut bocor adalah disebabkan lapisan kedua bubble wrap pecah.
MENARIK DIBACA: Rider 'kantoi' curi makanan pelanggan, tampil mohon maaf lepas rakaman CCTV tersebar
MENARIK DIBACA: Hantar makanan di rumah orang lain, rider hati kering tak mengaku buat silap!
“First bubble wrap tadi sempurna. Tak ada sebarang leaking.
“Then try buka second bubble wrap, pecah rupanya.
“Tak dapat nak selamatkan, sambal sebati dengan kaca. Kalau makan juga, nanti orang ingat kena santau. Muntah keluar kaca,” kongsinya lagi.
Hantaran tersebut kemudiannya mendapat perhatian KA yang tampil memohon maaf atas kejadian berkenaan.
“Khairulaming mandi minyak ke di belakang (poskad). So sorry for the inconvenience. Boleh makan dulu, esok team KA pos baharu?” balasnya.
Respon tersebut turut mencetuskan perbincangan dalam kalangan netizen yang rata-ratanya mencadangkan agar aspek pembungkusan sambal diberi perhatian, terutama bagi mengurangkan risiko kebocoran atau botol pecah ketika proses penghantaran.
Ada yang turut mencadangkan supaya pembungkusan dibuat lebih kurang seperti produk rendang, manakala sesetengah netizen pula menyarankan penggunaan bekas plastik atau bahan lebih tahan lasak.

“Saya perasan tutup botol sambal KA bukan jenis ‘pop up’ macam sesetengah botol sos pasta. Itu baru betul-betul ‘sealed’.
“Cadangan saja, mungkin lepas ‘bubble wrap’ kena letak dalam kotak dan disertakan dengan ‘soft board’. Kalau botol dalam keadaan tegak tak akan tumpah kecuali baring.
“Rasa kalau KA buat ‘packaging’ sambal guna ‘stand pouch’, lebih selamat nak bawa sambal pergi ‘travel’ dan kurang ‘leaking’,” cadang netizen.
Walaupun isu berkenaan berpunca daripada kerosakan ketika penghantaran, respons pantas KA yang menawarkan untuk menghantar produk baharu dilihat sebagai satu tindakan melegakan pelanggan.