info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Asal usul nasi lemak kangkung dipersoal... Ramai kata dah wujud era 70-an di tiga negeri

Lead Image

NASI lemak cukup sinonim dengan sambal, ikan bilis, kacang tanah, telur dan hirisan timun.

Bagaimanapun nasi lemak dihidangkan bersama kangkung tiba-tiba menjadi bualan, tetapi tidak semua peniaga menawarkan sayur ini.

Di Threads seorang cef mengajukan pertanyaan kepada warganet mengenai asal-usul nasi lemak dimakan bersama kangkung.

“Nasi lemak campur sayur kangkung asal usul dari mana ya?” soalnya.

Gabungan kangkung tumis berlada dengan nasi lemak adalah menu biasa dijumpai di Melaka.

Persoalan itu kemudian mengundang pelbagai reaksi warganet yang tampil berkongsi pengalaman masing-masing menikmati nasi lemak bersama kangkung sejak zaman kanak-kanak.

Malah, ada yang mendakwa hidangan tersebut sudah lama menjadi kebiasaan di beberapa negeri termasuk Melaka, Perak dan Johor.

Seorang pengguna berkata, keluarganya memang sudah biasa menikmati nasi lemak bersama kangkung sejak dahulu.

MENARIK DIBACA: 7 'street food' terbaik Asia Tenggara, nasi lemak masuk senarai

MENARIK DIBACA: Nasi lemak ditukar nama kepada Nanyang Coconut Rice, netizen Malaysia lancar 'perang'

“Lama dah chef adanya (nasi lemak kangkung). Suami saya orang Melaka, memang ada kangkung kalau masak nasi lemak. Dulu arwah mak saya orang Perak, ada kacang panjang tumis. Zaman 70-an,” katanya.

Seorang lagi netizen turut menyatakan nasi lemak bersama kangkung bukan perkara baharu kerana sudah dinikmati sejak era 1970-an.

“Dah lama dah chef. Tahun 70-an dah ada,” ujarnya.

Ada juga warganet berkongsi cerita bahawa kangkung digunakan sebagai pilihan sayur kerana mudah diperoleh berbanding timun pada zaman dahulu.

“Asal-usul tidak diketahui. Kebiasaannya dalam hidangan nasi lemak di Melaka, kampung saya. Nenek kata, dulunya timun mahal. Manakala kangkung ada saja ditanam, melata pandai sendiri hampir setiap rumah,” tulisnya.

Perkongsian warganet.

Menariknya, tidak semua negeri mempunyai nasi lemak dimakan bersama kangkung.

Seorang pengguna dari Pahang mengakui dirinya tidak pernah melihat kombinasi tersebut.

“Ramai kata asal dari Melaka, Perak dan Johor. Saya orang belah timur, Pahang, memang tak jumpa lagi orang jual nasi lemak ada kangkung,” katanya.

Walaupun asal-usul sebenar nasi lemak bersama kangkung masih menjadi persoalan, perkongsian tersebut menunjukkan setiap negeri mempunyai cara dan kebiasaan tersendiri dalam menikmati hidangan popular itu.

Bagi sesetengah orang, kangkung mungkin kelihatan pelik apabila digandingkan dengan nasi lemak.

Bagaimanapun bagi mereka yang sudah biasa menikmatinya sejak kecil, kombinasi tersebut pastinya membawa nostalgia tersendiri.

 

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

7 jenama coklat Malaysia dengan rasa, kualiti terbaik setanding produk koko luar negara

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Pernah jadi makanan unik, netizen kongsi pengalaman makan telur penyu - “Macam hingus lembik”

Terhangat