info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Sihat

Ibu beri anak makan coklat gelap sebelum ke sekolah, bantu lebih fokus belajar

Lead Image

KEBANYAKAN ibu bapa akan cuba untuk tidak memberikan anak makan coklat kerana bimbang kandungan gula yang tinggi dan membuatkan si kecil menjadi terlalu aktif.

Bagaiamanapun, seorang pengguna Threads pula berkongsi rutin berbeza apabila dia memberikan anaknya sekeping coklat gelap sebelum pergi ke sekolah.

Menurutnya, coklat gelap dengan kandungan koko 70 peratus dan ke atas dikatakan boleh membantu menyokong fokus serta daya ingatan anak ketika belajar.

Wanita itu berkongsi petua tersebut di laman Threads.

Malah, rasanya yang tidak terlalu pahit juga lebih mudah dinikmati oleh kanak-kanak.

“Sebelum pergi sekolah wajib ambil sekeping dark chocolate! Saya pernah baca doktor ni 'share' yang dark chocolate boleh bantu anak fokus dalam kelas dan kuatkan daya ingatan anak.

“Pastikan dark chocolate yang cocoa 70 peratus ke atas dan ambil secara moderate je tau. Yang Beryl’s ni sedap, tak pahit sangat,” katanya.

Jelasnya, koko mengandungi sebatian tumbuhan bersifat antioksidan yang penting untuk pengaliran darah yang baik.

MENARIK DIBACA: Viral sebab ala produk Dubai... Ramai dakwa coklat bar versi lokal tiada isi kunafa, pistachio

MENARIK DIBACA: Koko dibeli pada harga murah, penduduk usahakan jenama coklat premium sendiri

"Cocoa dalam coklat gelap kaya dengan flavanols (antioksidan) yang boleh sokong aliran darah ke otak dan fungsi kognitif termasuklah fokus, perhatian dan memori.

"Ada juga magnesium, iron dan beberapa mineral lain," ujarnya

Bagi orang dewasa pula, kandungan flavanol dalam koko mempunyai pelbagai manfaat termasuk membantu mengekalkan kesihatan jantung dan fungsi salur darah.

Dark chocolate juga ada sedikit kafein dan theobromine yang boleh bagi rasa lebih peka dan bertenaga,” jelasnya.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

Bukan cuma dada ayam, ramai tak tahu bahagian 'thigh' juga tinggi khasiat

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

Ambil cuka epal sebelum makan bantu kawal gula, ini cara disarankan

Terhangat