info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Sihat

Makan secubit garam, sakit kepala dikatakan hilang dalam 5 minit! Ini penjelasannya

Lead Image

SAKIT kepala boleh membuatkan seseorang itu berada dalam situasi tidak selesa, lebih-lebih lagi apabila rasa berdenyut atau tekanan di kepala datang secara tiba-tiba.

Selain mengambil ubat sakit kepala, ada dalam kalangan kita turut mengamalkan petua mudah dengan menggunakan bahan yang ada di rumah.

Menurut perkongsian Factsdailyy, terdapat satu kaedah yang didakwa boleh membantu melegakan sakit kepala iaitu menggunakan garam dan segelas air putih.

Caranya cukup mudah, cuma letakkan secubit garam di bawah lidah dan kemudian minum segelas air sehingga habis.

Namun bukti lebih menunjukkan badan yang kekurangan air atau dehidrasi boleh menjadi punca seseorang boleh mengalami sakit kepala.

Kaedah tersebut didakwa mampu membuatkan rasa sakit kepala beransur-ansur hilang dalam tempoh lima minit sahaja.

Kandungan sodium dalam garam didakwa membantu meningkatkan keseimbangan elektrolit dalam badan, terutama jika sakit kepala berpunca daripada kehilangan cecair atau elektrolit.

Memang tidak dapat dinafikan terdapat kaitan antara masalah kekurangan air dalam badan manusia dengan sakit kepala.

Kajian terdahulu menunjukkan dehidrasi boleh menyebabkan sakit kepala atau memburukkan lagi keadaan sakit kepala yang sedia ada. 

MENARIK DIBACA: Kafe letak anak singa sebagai tarikan, pelancong cedera digigit

MENARIK DIBACA: Masak tak sampai 10 minit, sardin tumis daun leek sedap lain macam!

Dalam sesetengah keadaan, pengambilan air yang mencukupi boleh membantu mengurangkan ketidakselesaan tersebut.

Justeru, tidak mustahil seseorang berasa lebih lega selepas minum air sekiranya sakit kepala yang dialami berkaitan dengan kekurangan cecair.

Bagaimanapun, keadaan itu tidak semestinya mengaitkan garam yang diletakkan di bawah lidah menjadi punca utama sakit kepala hilang.

Selain kekurangan air, tidur tidak cukup juga boleh menjadi antara punca sakit kepala.

Pengambilan garam secara berlebihan bukanlah sesuatu yang wajar dijadikan rutin untuk mengatasi sakit kepala kerana amalan ini boleh mengakibatkan komplikasi serius.

Sakit kepala juga boleh berpunca daripada pelbagai keadaan seperti kurang tidur, tekanan, migrain, perubahan rutin, terlalu lama terdedah kepada skrin atau masalah kesihatan tertentu.

Jika sakit kepala berlaku dengan kerap, semakin teruk atau datang bersama gejala luar biasa, sebaiknya dapatkan pemeriksaan doktor bagi mengenal pasti punca sebenar dan mendapatkan rawatan yang sesuai.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

Jangan pandang rendah menu bajet! Makan nasi dan telur ada nilai nutrisi tinggi, tak hanya kenyang

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

Tak perlu produk mahal, ini 8 makanan saranan pakar bantu naikkan berat anak kecil

Terhangat