Nak lembutkan daging tak perlu rebus berjam-jam, guna saja teknik 5/30/7
REBUS daging sampai empuk memang bukan kerja mudah, lebih-lebih lagi kalau tak ada periuk tekanan tinggi atau 'pressure cooker'.
Biasanya, daging perlu direbus selama berjam-jam untuk mendapatkan tekstur yang betul-betul lembut.

Selain mengambil masa, penggunaan gas dalam tempoh lama pun boleh meningkatkan kos memasak.
Bagaimanapun, menurut perkongsian pengguna Instagram @kakakbukanchef, ada satu teknik mudah yang boleh dicuba iaitu kaedah 5/30/7.
“30 minit tu tak guna gas pun. Biar haba yang masih terperangkap dalam periuk sambung kerja,” katanya.
MENARIK DIBACA: Beras dan cili sangai rahsia sup daging Thai enak lain macam
MENARIK DIBACA: Tak semua daging korban sesuai dimasak sate, ini penjelasan cef
Berikut petua merebus daging menggunakan teknik 5/30/7:
- Masukkan air secukupnya ke dalam periuk dan biarkan sehingga mendidih.
- Masukkan daging dalam air yang mendidih dan biarkan selama lima minit. Pastikan terendam sepenuhnya.
- Selepas lima minit, tutup api dan terus tutup periuk dengan penutup. Jangan buka penutup sepanjang tempoh 30 minit supaya haba tidak keluar.
- Selepas cukup 30 minit, buka api semula dan biarkan daging mendidih selama tujuh minit.