info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Tip & Trik

Nak masak nasi, perlu ke cuci beras banyak kali sampai air jernih? Ambil tahu fakta ini

Lead Image

MEMBASUH beras sebelum dimasak memang sudah menjadi rutin bagi kebanyakan individu.

Malah, ada yang sanggup membilas beras berkali-kali sehingga air basuhannya kelihatan betul-betul jernih.

Tapi persoalannya, perlu ke beras dibasuh sampai airnya jernih?

Jawapannya, tak semestinya!

Kalau suka nasi yang lebih berderai dan kurang melekit, beras biasanya boleh dibilas beberapa kali.

Air yang kelihatan keruh ketika membasuh beras biasanya berpunca daripada kanji atau pati pada beras yang tertanggal apabila ia dibilas dengan air.

Jadi, air yang masih sedikit keruh selepas beberapa kali bilasan bukan bermaksud beras tersebut masih kotor.

Bagi sesetengah jenis beras, membasuhnya sehingga air benar-benar jernih boleh menyebabkan sebahagian kanji pada permukaan tertanggal.

Kalau sukakan nasi yang lebih berderai dan kurang melekit, beras boleh dibilas beberapa kali untuk mengurangkan lebihan kanji pada permukaan.

MENARIK DIBACA: Beras pulut tak perlu rendam, wanita ajar cara mudah masak guna 'rice cooker'

MENARIK DIBACA: Negara berbelanja besar import beras, individu dedah punca industri padi tempatan masih ketinggalan

Bagaimanapun, jika inginkan tekstur nasi lebih melekit, basuh secara berlebihan mungkin bukan cara yang ideal.

Berikut panduan mudah untuk basuh beras:

  • Dua hingga tiga kali cucian sudah memadai. Jangan basuh beras berlebihan kerana warna air sedikit keruh adalah petunjuk masih ada nutrien seperti vitamin B dan mineral yang baik untuk kesihatan.
  • Untuk beras perang atau beras organik, cukup 1 hingga 2 kali sahaja basuh. Lapisan dedak pada beras ini kaya dengan serat dan vitamin yang perlu dikekalkan.

     

     

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Berpuluh kali cuba baru jadi! Wanita kongsi tip buat kulit risol sempurna, anti koyak

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Cara simpan tauhu supaya tahan lama... Cuma guna air panas, lepas sebulan masih elok

Terhangat