info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Tip & Trik

Cuci mesin waffle tak perlu sental lama, guna je tepung jagung tanggal kotoran

Lead Image

ADA sesetengah orang menganggap tidak perlu bersusah payah membersihkan mesin waffle kerana prosesnya agak renyah. 

Lebih-lebih lagi kalau kerap digunakan, bahagian ‘plate’ mesin memang mudah dipenuhi sisa adunan, minyak dan gula hangus.

Menerusi perkongsian seorang pengguna di Threads, terdapat petua mudah diamalkannya untuk membersihkan mesin waffle tanpa perlu menyental terlalu lama.

Hantaran itu mencuri perhatian ramai.

Menariknya, hanya menggunakan tepung jagung dan air, kotoran yang melekat pada bahagian ‘plate’ dikatakan lebih mudah ditanggalkan.

“Jumpa pun cara mudah untuk bersihkan mesin waffle ni.

“Mak pula guna mesin yang sama juga untuk buat croffle, habis lekat gula dekat plate tu. Tapi senang dah ye!” tulisnya.

MENARIK  DIBACA: Waffle berbentuk kasut Crocs jadi kegilaan di China, sudah mula masuk Malaysia

MENARIK  DIBACA: Cuci kuali guna asam keping, bersih berkilat tanpa bahan kimia

Cara bersihkan mesin waffle guna tepung jagung

  1. Campurkan 100g air dengan 30g tepung jagung dan kacau sehingga sebati.
  2. Selepas menggunakan mesin waffle, pastikan plate masih panas tetapi jangan sentuh permukaannya dengan tangan.
  3. Tuangkan bancuhan tepung jagung pada bahagian plate yang mempunyai kotoran.
  4. Biarkan bancuhan tersebut seketika supaya ia menyerap dan ‘mengangkat’ sisa gula.
  5. Selepas itu, tanggalkan kotoran yang telah lembut menggunakan kain atau tisu yang sesuai.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Tip simpan minyak masak, elak kualiti terjejas... Jernih bukan jaminan masih elok!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Tak perlu risau mata pedih sebab potong bawang, guna tip rendam ais selesai masalah!

Terhangat