Pakai deodoran pun tak jalan! Sental limau kasturi pada ketiak bantu hilangkan bau badan
WALAUPUN nampak biasa bersaiz kecil molek dan sedikit rasa masam, jangan pandang remeh akan kehebatan buah ini.
Dalam masakan, buah limau kasturi ini memainkan peranan penting sebagai bahan penyedap rasa mahupun pemeriah hidangan makanan.
Di sebalik penampilan sederhana, ia menyimpan pelbagai khasiat hebat yang mampu menyokong kesihatan tubuh, meningkatkan tenaga dan memberikan manfaat bagi kesejahteraan harian.
MENARIK DIBACA: Tak perlu guna racun serangga, serbuk kopi dan daun pandan cara mudah singkirkan kamitetep
MENARIK DIBACA: [V] Dari Xiao Long Bao ke claypot kari kambing, Deeriang saji masakan Cina Muslim autentik
Agak-agaknya apa yang menarik sangat mengenai buah ini?
Jom ambil tahu lima kebaikan limau kasturi yang mungkin anda belum tahu!

1. Meningkatkan sistem imun
Limau kasturi kaya dengan vitamin C yang membantu memperkuatkan sistem imun, melawan jangkitan dan mengurangkan risiko selsema dan penyakit lain.

2. Membantu pencernaan
Asid sitrik dalam limau kasturi dapat merangsang pengeluaran enzim pencernaan, membantu penghadaman makanan dan mengurangkan masalah seperti kembung atau sembelit.

3. Baik untuk kulit
Vitamin C dan antioksidan dalam limau kasturi membantu mengurangkan jerawat, mencerahkan kulit dan melambatkan penuaan kulit dengan melawan radikal bebas.

4. Ubat ketiak
Belahan limau kasturi yang disapu dapat membantu mengurangkan bau badan dan mencerahkan ketiak kerana mengandungi kandungan asid sitrik membantu menurunkan pH kulit.

5. Membantu mengawal berat badan
Limau kasturi rendah kalori dan asid sitriknya dapat membantu meningkatkan metabolisme serta membantu pembakaran lemak apabila dimasukkan dalam diet seimbang.