KUALI | Nutrisi

Jangan abai masalah kencing berbuih, cuba petua ini sebelum terlambat

Lead Image

RAMAI yang menganggap masalah kencing berbuih sebagai perkara biasa dan tidak berbahaya.

Namun hakikatnya, kencing berbuih menjadi isyarat awal badan sedang memberi amaran tentang masalah kesihatan terutama membabitkan fungsi buah pinggang.

Sebagai langkah pencegahan awal, seorang pengguna Facebook bernama Mastiah Sangkong berkongsi satu petua mudah menggunakan dua bahan untuk mengatasi masalah kencing berbuih.

Masalah kencing berbuih bukan perkara normal.

Selain merawat masalah kencing berbuih, petua sama juga membantu mengatasi masalah kerap kencing pada waktu malam.

Bagaimanapun sekiranya masalah tersebut masih berlarutan, dinasihatkan agar melakukan pemeriksaan kesihatan di hospital bagi mengelakkan masalah lain berkaitan buah pinggang.

Ini termasuk sekiranya seseorang memang mempunyai sejarah penyakit kronik seperti darah tinggi dan diabetes.

MENARIK DIBACA: Pelanggan bayar 'air' bukan isi, Youtuber dedah taktik kotor peniaga King Crab

MENARIK DIBACA: Digelar mi 'benang salji', warisan 300 tahun yukino ito somen kekal ke hari ini

Bahan-bahan

  • Halia
  • Timun
  • Air panas

Langkah penyediaan

  1. Hiris halia dan timun lalu masukkan ke dalam gelas.
  2. Tuangkan air panas dan biarkan sehingga suam.
  3. Minum air rendaman halia dan timun setiap malam sebelum tidur.
  4. Amalkan selalu sehingga kencing tidak lagi berbuih.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Nutrisi

Air rebusan jagung rupanya banyak khasiat, paling best boleh turunkan berat badan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Nutrisi

Buah kedondong bukan saja enak dibuat jus, boleh dijadikan masker atasi masalah jerawat

Terhangat