Air rebusan jagung rupanya banyak khasiat, paling best boleh turunkan berat badan
BIASANYA air rebusan jagung akan dibuang namun di beberapa negara Asia Tenggara seperti Vietnam ia dijadikan minuman.
Air rebusan jagung tidak dibuang kerana ia menyimpan pelbagai manfaat untuk kesihatan.
Bukan sekadar pelepas dahaga, air rebusan jagung dipercayai berkesan untuk menyejukkan badan, membantu menyingkirkan toksin serta menyokong fungsi buah pinggang.
Pakar perubatan tradisional percaya, ia mempunyai banyak kebaikan termasuklah;

1. Melambatkan proses penuaan
Air rebusan jagung mengandungi pelbagai vitamin seperti A, B1, B2, B6, C dan K, selain mikronutrien semula jadi.
Kandungan ini membantu menguatkan sistem imun, melindungi sel tubuh dan seterusnya melambatkan proses penuaan.

2. Menyegarkan tubuh dan menyingkirkan toksin
Antioksidan dalam air rebusan jagung membantu meningkatkan fungsi hati dan sistem perkumuhan, sekali gus membantu tubuh membersihkan toksin.
Proses ini juga berpotensi seperti penyakit hati berlemak.

3. Menyokong penurunan berat badan
Air rebusan jagung rendah kalori dan serta toksin.
MENARIK DIBACA: Ada 5 petua pilih bawang, penentu keenakan masakan
MENARIK DIBACA: Elak melekat dan lembik, rebus mi laksa pun ada teknik
Begitu pun, untuk dapatkan kesan efektif, ia tetap perlu diamalkan bersama gaya hidup sihat.

4. Mengawal paras kolesterol
Paras kolesterol yang tinggi sering dikaitkan dengan risiko penyakit jantung.
Oleh itu, pengambilan air rebusan jagung secara berkala dipercayai membantu mengawal paras kolesterol dalam darah.

5. Menjaga kesihatan saluran kencing dan buah pinggang
Bersifat antiseptik dan diuretik, air rebusan jagung membantu melawan jangkitan saluran kencing, mengurangkan keradangan serta meredakan ketidakselesaan.
Bagaimanapun, pengambilan air rebusan jagung perlu mendapatkan nasihat daripada pakar kesihatan sebelum mengamalkannya secara berkala.