KUALI | Tip & Trik

Elak melekat dan lembik, rebus mi laksa pun ada teknik

Lead Image

LAKSA antara hidangan popular digemari ramai, namun tidak semua tahu cara merebus mi dengan betul. 

Kesilapan ketika merebus boleh menyebabkan mi menjadi terlalu lembik, melekat dan mudah terlerai sehingga menjejaskan tekstur serta rasa hidangan. 

Oleh itu, teknik merebus tepat amat penting bagi memastikan mi laksa kelihatan cantik dan menyelerakan.

Kali ini, Kuali kongsikan langkah mudah merebus mi laksa agar terlerai cantik. 

Selepas mi laksa asak, segera angkat dan toskan air rebusan.

1. Sukatan air banyak 

Langkah pertama untuk mendapatkan hasil mi laksa tidak lembik adalah dengan menggunakan air yang banyak ketika merebus. 

Air perlu benar-benar mendidih sebelum mi dimasukkan supaya masak sekata dan tidak melekat antara satu sama lain. 

Elakkan memasukkan mi laksa ketika air masih suam kerana keadaan ini akan menyebabkan ia menyerap air berlebihan lalu menjadi lembik.

Tempoh merebus juga memainkan peranan penting agar mi laksa tidak lembik.

2. Elak rebus terlalu lama

Tempoh merebus juga memainkan peranan penting. Mi laksa tidak perlu direbus terlalu lama, memadai sehingga mi lembut dan mudah dipatahkan tetapi masih mempunyai sedikit kekenyalan. 

Kebiasaannya, masa merebus sekitar tujuh minit bergantung kepada ketebalan mi laksa.

MENARIK DIBACA: Elak minyak meletup dan merecik ketika menggoreng hanya guna garam

MENARIK DIBACA: Rendam dengan daun jambu, tip kurangkan pahit bunga betik

Semasa merebus, mi laksa perlu dikacau secara perlahan menggunakan penyepit atau sudip. 

Cara ini membantu mi masak sekata serta mengelakkan ia melekat dan terlerai kasar. 

Selepas mi laksa asak, segera angkat dan toskan air rebusan.

3. Tos air dan campur minyak 

Selepas mi laksa masak, segera angkat dan toskan air rebusan. 

Mi kemudiannya perlu dibilas dengan air bersih bagi menghentikan proses memasak dan membuang lebihan kanji. 

Langkah ini penting untuk memastikan mi laksa kekal cantik, tidak melekat dan tidak lembik.

Untuk hasil lebih baik, gaul dengan sedikit minyak masak untuk elak daripada melekat antara satu sama lain.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Ada 5 petua pilih bawang, penentu keenakan masakan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Jus rasa bawang dan cili? Hilangkan bau degil pengisar dengan 5 bahan ini

Terhangat