Jus rasa bawang dan cili? Hilangkan bau degil pengisar dengan 5 bahan ini
PENGISAR makanan biasanya mengeluarkan bau kurang menyenangkan terutamanya jika digunakan untuk mengisar cili atau bawang.
Bau yang melekat ini menjadi lebih kuat apabila pengisar sama turut digunakan untuk mengisar buah-buahan bagi penyediaan jus.
Walaupun sudah dibilas dengan air bersih selepas digunakan, bau tersebut selalunya masih kekal.
Memang boleh menganggu mood kerana menjejaskan aroma jus bahkan boleh mengubah rasa minuman tersebut.
Namun jangan risau, Kuali akan kongsikan tip dan trik mencuci mesin pengisar makanan agar bebas dari bau tidak menyenangkan.

1. Air suam dan sabun pencuci
Isi pengisar makanan dengan air suam dan beberapa titis sabun pencuci pinggan.
Kisar selama 30–60 saat kemudian bilas bersih untuk menanggalkan sisa dan bau.

2. Cuka putih
Campurkan setengah cawan cuka putih dengan air suam, kisar seketika dan biarkan selama 10 minit sebelum dibilas.
MENARIK DIBACA: Pakai deodoran pun tak jalan! Sental limau kasturi pada ketiak bantu hilangkan bau badan
MENARIK DIBACA: Tak perlu guna racun serangga, serbuk kopi dan daun pandan cara mudah singkirkan kamitetep
Campuran cuka putih sangat berkesan untuk menghilangkan bau ikan dan bawang.

3. Lemon atau limau nipis
Masukkan potongan lemon atau limau nipis bersama air dan kisar seketika.
Selain menghilangkan bau, mesin pengisar akan kembali berbau segar semula jadi.

4. Soda bikarbonat
Masukkan satu sudu soda bikarbonat dalam air suam biarkan selama 15–20 minit. Kaedah ini sangat membantu menyerap bau yang kuat dan berlarutan.

6. Beras
Masukkan segenggam beras mentah ke dalam bekas pengisar makanan yang kering, tutup dan biarkan selama beberapa jam atau semalaman.
Beras bertindak sebagai penyerap bau semula jadi yang berkesan terutama untuk bau lama.