Serai asyik kering dalam peti sejuk? Guna tip ini, lepas sebulan masih hijau
SERAI antara bahan masakan yang tahan lama jika disimpan dengan cara betul di dalam peti sejuk.
Walaupun tidak mudah busuk, serai yang disimpan terlalu lama akan kering dan kecut selepas beberapa hari.
Sememangnya ia masih boleh digunakan untuk memasak, tetapi keadaannya tidak lagi segar dan aroma harum juga semakin berkurangan.

Jadi, bagi memastikan serai kekal segar lebih lama, ada cara mudah yang boleh dicuba seperti dikongsikan pengguna TikTok, @kakwanikawan.
Menerusi perkongsian tersebut, serai hanya perlu dipotong sedikit pada bahagian atas sebelum dipacakkan secara tegak di dalam balang berisi air.
"Potong sikit bahagian atas serai dan pacak tegak dalam balang berisi air, tukar air tiga hari sekali.
MENARIK DIBACA: Daun bawang, serai ditanam di rumah sangat mudah nak hidup! Ketahui punca ramai gagal
MENARIK DIBACA: Rebus 3 bahan dapur ini, minum airnya... Masalah badan lesu, perut buncit mungkin selesai
"Serai akan kekal hidrasi dan terus bertunas," ujarnya.
Mudah sahaja caranya, malah tidak memerlukan banyak bahan atau ruang untuk menyimpan serai.
Bagaimanapun pastikan air di dalam balang ditukar setiap tiga hari bagi memastikan serai mendapat bekalan air yang bersih.