'Dessert' di majlis resepsi BASS dipuji sangat sedap, ini cara membuatnya
MAJLIS resepsi pasangan dua sejoli, Bella Astillah dan Syed Saddiq pada 17 Oktober lalu bukan sahaja meriah, malah pencuci mulut istimewa yang dihidangkan kepada tetamu juga menjadi bualan.
Dikenali sebagai puding buah-buahan tropika atau tropical panna cotta, keenakan sajian manis itu menerima pujian ramai termasuk pelakon Sheila Rusly dan pempengaruh, Khairul Aming.
Menggabungkan tekstur puding yang lembut dan berkrim dengan kesegaran buah-buahan tropika, pencuci mulut ini pastinya membuka selera sesiapa sahaja.
Menariknya, anda juga boleh menyediakan sendiri hidangan yang dihasilkan oleh pasukan pastri MITEC ini di rumah untuk dinikmati bersama keluarga atau dihidangkan ketika majlis keraian.

Bahan-bahan
Bahan utama
- 250ml krim putar tenusu (dairy whipping cream)
- 200ml santan
- 50ml susu segar
- 45g gula
- 5g serbuk gelatin (halal)
- 25ml air sejuk
- 1/2 sudu kecil esen vanila
- Secubit garam
Topping
- Mangga
- Markisa
- Buah naga
- Delima
- Nata de coco
MENARIK DIBACA: Senang jer nak buat Panna Cotta, pencuci mulut sempurna buat seisi keluarga
MENARIK DIBACA: Nikmatnya puding susu sagu mangga, satu suapan 'confirm' tak cukup!
Langkah penyediaan
- Masukkan krim putar tenusu, susu segar dan santan ke dalam periuk atau kuali.
- Masukkan air, gula dan secubit garam lalu gaul hingga sebati.
- Tuangkan esen vanila dan gelatin kemudian masak hingga mendidih.
- Biarkan adunan suam, kemudian tuangkan ke dalam tempurung kelapa.
- Kisar buah mangga dengan sedikit air sehingga menjadi puri.
- Tuangkan jus mangga yang dikisar tadi ke dalam tempurung kelapa.
- Jangan lupa hias dengan topping buah-buahan sebelum dinikmati