KUALI | Trending

5 cili boh viral pilihan pengguna, masakan sedap macam dikisar sendiri

Lead Image

CILI boh memang memudahkan dan mempercepatkan kerja memasak lebih-lebih lagi nak buat sambal tumis.

Buka saja bungkusan cili boh, kemudian terus masukkan dalam masakan sama ada bergoreng atau berkuah.

Penggunaan cili boh memang menjimatkan masa tetapi ramai menganggap hasil masakan tidak seenak hidangan yang dimasak menggunakan cili kering kisar.

MENARIK DIBACA: Hanya 2 ulas bawang putih, cili tahan lebih lama dalam peti sejuk

MENARIK DIBACA: Kisar cili dengan minyak masak bukan sekadar tahan lama, petua orang dulu-dulu banyak manfaatnya

Ada juga individu yang nak mencuba cili boh tapi keliru nak beli yang mana satu sebab terlalu banyak jenama di pasaran.

Semestinya nak cari yang betul-betul sedap dan kena dengan selera.

Tak payah pening, Kuali senaraikan 5 jenama cili boh kesukaan rakyat Malaysia berdasarkan perkongsian pengguna Threads.

Sesuai untuk kawal tahap kepedasan sambal.

1. Wallfood

Cili giling ini ditawarkan dengan dua pilihan tahap kepedasan untuk mereka yang makan pedas atau sebaliknya.

Cili boh mempunyai rasa asli seperti dibuat kat rumah.

2. Cili Kisar Orang Kampung keluaran Abby Zam

Cili kisar ini rasanya dkatakan hampir sama dengan cili giling buatan sendiri di rumah. 

Cili boh ini hanya boleh ditemui di Terengganu.

3. Cili Boh Cap Kapal Terbang keluaran KPW Sri Murni

Cili boh ini hanya jual di sekitar Terengganu sahaja bukan cuma sedap tetapi tahan lama dan tak cepat berkulat.

Jenama Puteri sangat konsisten dari segi rasa dan kualiti.

4. Puteri

Jenama ini sudah menjadi kesukaan rakyat Malaysia sejak 35 tahun lalu. Rasanya konsisten dan memang menjadi pilihan generasi demi generasi.

Cili giling ini kurang pedas dan tiada bau yang kuat.

5. Cili Giling Maz keluaran Maz Sdn. Bhd.

Cili giling ini kurang pedas dan sangat sesuai untuk kanak-kanak atau mereka yang tidak tahan kepedasan.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Idea hidang ayam gepuk di majlis kahwin ditempelak, dianggap 'langgar' sajian kenduri Melayu

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Nasi lemak ditukar nama kepada Nanyang Coconut Rice, netizen Malaysia lancar 'perang'

Terhangat