Jason Mraz usahakan ladang avokado organik, buah markisa untuk pasaran tempatan
BUKAN sekadar petik gitar dan menyanyi, penyanyi Jason Mraz rupanya ada satu lagi minat yang jauh berbeza dengan dunia muzik.
Siapa sangka penyanyi lagu 'I'm Yours' itu kini mengusahakan ladang sendiri yang ditanam avokado organik, kopi dan buah-buahan bermusim untuk pasaran tempatan.
Memetik laporan Times of India, Jason membeli sebuah kebun avokado lama di San Diego, Amerika Syarikat pada 2004 bertujuan dijadikan tempat percutian keluarga untuk berehat dan menikmati suasana alam semula jadi.

Lebih dua dekad berlalu, kebun seluas kira-kira 17 ekar itu bagaimanapun kini berkembang menjadi Mraz Family Farms.
Usaha membangunkan semula kebun tersebut bermula sekitar 2015 apabila keluarga Jason mendapati pokok-pokok avokado lama perlu 'diremajakan' supaya dapat kembali menghasilkan buah dengan baik.
Antara kaedah yang digunakan ialah pemangkasan drastik atau 'stumping', iaitu memotong bahagian tertentu pokok bagi merangsang pertumbuhan tunas baharu.
MENARIK DIBACA: ‘Tangan sejuk’ David Beckham sesuai berkebun, geram tengok bawang tanamannya gemuk-gemuk
MENARIK DIBACA: Guna air laut rebus pasta atas kapal persiaran, Brooklyn Beckham disindir!
Selain avokado, kebun itu mempunyai pokok kopi yang ditanam di California serta buah markisa yang ditawarkan kepada pelanggan mengikut musim.
Menariknya, sisa kayu dan potongan ranting pokok yang dipangkas atau ditebang tidak dibuang begitu sahaja sebaliknya dibiarkan mereput secara semula jadi bagi menjaga keseimbangan ekosistem.
Usaha itu membuahkan hasil apabila Mraz Family Farms memperoleh pensijilan organik daripada Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) dan pihak berkuasa California pada 2017.