[V] Memasak terapi Fiza Sabjahan - "Dapat curi masa seminggu sekali pun dah cukup"
SETIAP orang mempunyai cara tersendiri untuk meredakan atau menghilangkan stres seperti pergi bercuti atau melakukan kegiatan riadah.
Begitu juga dengan pengacara jelita, Fiza Sabjahan yang menjadikan aktiviti memasak sebagai salah satu cara untuk 'melepaskan' masalah atau bebanan kerja.
Fiza atau nama penuhnya, Siti Hasfizza Aswaty Sab Jahan berkata memasak merupakan cara untuk dia menenangkan fikiran dan mengurangkan rasa penat.
"Memasak merupakan 'stress reliver' yang akan saya lakukan kalau saya 'burn out'.
"Sama ada saya akan masak di rumah sendiri atau masak di rumah keluarga pada hujung minggu," katanya.
Menurut wanita berusia 44 tahun itu, walaupun sentiasa sibuk dia tetap akan mencari masa sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk memasak.
TONTON VIDEO PENUH