info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Sid Murshid 'belanja' Kimi Antonelli, George Russell makan sate

Lead Image

SATE bukan sekadar makanan kegemaran rakyat Malaysia, malah keenakannya turut memikat selera pelumba Formula Satu (F1), Kimi Antonelli dan George Russell.

Menerusi satu sesi mencuba makanan tempatan bersama cef dan pempengaruh, Sid Murshid, kedua-dua pelumba itu berpeluang menikmati sate yang dihidangkan bersama kuah kacang.

Video yang dikongsikan menerusi Instagram rasmi Petronas Motorsport itu memperlihatkan gelagat mereka ketika mencuba hidangan popular berkenaan.

Kimi kelihatan sedikit takut kerana menyangka kuah kacang dihidang pedas.

Pada awalnya, Kimi kelihatan sedikit gementar kerana menyangka kuah kacang yang dihidangkan itu pedas, namun sebaik sahaja mencubanya, pelumba dari Itali itu ternyata kagum dengan keenakan sate.

“Sedap. Saya ingat pedas, rupanya tak. Saya luluskan makanan ini!” kata Kimi.

Sid turut mengajar Kimi cara menikmati sate dengan bawang mentah sebagai pelengkap hidangan.

MENARIK DIBACA: Formula 1 Sepang: Nasi lemak telur goreng harga RM35 jadi perhatian

MENARIK DIBACA: Jadi penjaring gol terbanyak Piala Dunia, 'yerba mate' rahsia Messi kekal fokus di padang

Mendengar penerangan itu, Kimi sempat berseloroh mengenai bau sayuran tersebut.

“Mujurlah saya tak perlu mencium mana-mana wanita selepas ini,” gurau Kimi.

Gelagat spontan itu mencuit hati, sekali gus menambah kemeriahan sesi berkenaan.

Ketika ditanya sama ada mereka pernah mencuba makanan Malaysia sebelum ini, Russell berkongsi pengalamannya menikmati pelbagai hidangan tempatan ketika bercuti di Langkawi.

George berkongsi pengalamannya menikmati pelbagai hidangan tempatan ketika bercuti di Langkawi.

“Saya pernah mencuba beberapa makanan ketika bercuti di Langkawi dan semuanya sedap-sedap belaka,” kata George.

Selain sate, mereka turut dihidangkan dengan makanan kegemaran Russell iaitu 'Sunday roast', hidangan tradisional British yang lazimnya terdiri daripada daging panggang, kentang panggang, sayur-sayuran dan kuah.

Perkongsian itu memperlihatkan sisi santai kedua-dua pelumba Mercedes-AMG PETRONAS F1 di luar litar perlumbaan, selain memperkenalkan keenakan makanan Malaysia kepada peminat sukan permotoran.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Gara-gara FOMO cuba 'dancing shrimp', wanita cirit-birit hingga menggigil

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Dunia

[V] Setiap kali lepas masak, cef keluar dapur menari hantar makanan pelanggan

Terhangat