Piza Sukiya 'topping' daging shabu-shabu, eksperimen berani dan menjadi Nitro KL!
BOSAN dengan rasa piza biasa, apa kata kali ini anda cuba sesuatu yang berbeza ditawarkan Nitro KL.
Piza di sini menampilkan aneka pilihan sajian gaya Neapolitan dengan 'topping' istimewa.
Jika datang ke sini, Sukiya Pizza wajib dicuba! Menu istimewa ini menampilkan piza dengan gabungan hirisan daging shabu-shabu lembut, disusun kemas di atas sos sukiya hasil resipi rekaan sendiri.
Lebih mengiurkan, piza ini turut dilengkapkan dengan titisan minyak cili menaikkan aroma dan memberikan sedikit sentuhan pedas, menjadikan setiap suapan lebih kaya dengan rasa.
Selain Sukiya Pizza, Nitro KL turut menawarkan pilihan lain tidak kurang hebat seperti Wagyu Pizza didatangkan bersama daging premium, sesuai untuk penggemar piza yang gemar mencabar cita rasa.
Bukan setakat piza, pelanggan juga boleh menikmati pelbagai pilihan pasta serta minuman seperti kopi yang dibancuh segar.
Gabungan makanan dan minuman ini menjadikan Nitro KL lokasi sesuai untuk makan tengah hari, makan malam atau sekadar lepak bersama keluarga dan rakan-rakan.
Lokasi: Nitro.KL Setiawangsa, AU2, Taman Melawati, Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari, 11 pagi hingga 11 malam
TONTON VIDEO PENUH