Kenapa Gordon Ramsay tolak penggunaan 'air fryer'?
CEF terkenal dunia, Gordon Ramsay mengakui dirinya ‘alergi’ terhadap penggunaan air fryer kerana berpendapat alat ini tak mampu menghasilkan warna perang dan rasa sempurna makanan.
Figura dari Britain ini mencetuskan perhatian apabila mengkritik penggunaan peralatan berkenaan untuk memasak, sekali gus mengundang perbincangan dalam kalangan peminat dunia kulinari.
Menurut laporan media antarabangsa, Gordon menyuarakan pandangannya dalam satu temu bual apabila ditanya mengenai penggunaan air fryer.

“Anda tidak boleh mendapatkan warna perang yang sempurna menggunakan air fryer. Tiada warna, tiada rasa,” katanya.
Cef berusia 59 tahun ini turut mengajukan soalan kepada hos bagi mengetahui sama ada individu berkenaan menggunakan air fryer di rumah.
MENARIK DIBACA: Sourdough pilihan baik buat pesakit diabetes, bantu lancar pencernaan
MENARIK DIBACA: Jangan panik minyak habis, ini petua masak telur dadar guna daun pisang
“Tolong beritahu saya bahawa anda (penemuduga berkenaan) tidak mempunyai air fryer,” katanya.
Menurut laporan, kenyataan ini dibuat sehari selepas Gordon menerima bintang penghormatan di Hollywood Walk of Fame pada 18 November 2026.
Gordon terkenal sebagai personaliti yang lantang dengan kritikan terbukanya terhadap teknik memasak yang dianggap tidak memenuhi standard.
Kenyataan ini mencerminkan pendirian Gordon yang mementingkan teknik memasak, khususnya dalam menghasilkan warna perang pada permukaan makanan yang boleh mempengaruhi rasa.

Dalam dunia kulinari, proses pemerangan seperti 'tindak balas Maillard' membantu menghasilkan aroma dan rasa yang lebih kompleks pada makanan.
Proses ini berlaku apabila makanan dimasak pada suhu sesuai, terutama pada permukaan yang cukup kering.
Penggunaan air fryer untuk memasak makanan boleh menghasikan permukaan perang dan rangup, tetapi hasilnya tidak semestinya sama seperti teknik memasak menggunakan kuali atau ketuhar.