Shaheizy Sam lebih percaya berkat dalam bisnes - "Viral tak jamin jualan meningkat"
PELAKON dan juga usahawan, Shaheizy Sam percaya kontroversi atau tindakan mencetuskan provokasi di media sosial bukanlah jaminan sesebuah perniagaan mampu meningkatkan jualan.
Menurut Sam atau nama sebenarnya Shaheizy Sam Abdul Samad, 44, kandungan yang tular, apatah lagi berunsur fitnah dan memburukkan pihak lain tidak semestinya membawa keuntungan kepada peniaga.
Malah, dia berpendapat tindakan sedemikian hanya menjejaskan reputasi dan tidak mencerminkan nilai sebenar dalam menjalankan sesebuah perniagaan.

"Guys, viral sebenarnya tidak menjanjikan sales yang baik, terutama sekali viral yang memfitnah. Ini namanya menganiaya, bukan berniaga. Macam mana nak berkat?" katanya.
Sam berkongsi pandangan itu menerusi satu hantaran di laman Threads pada Sabtu.
Dia kini mengusahakan perniagaan piza Abdul’ss Cafe di Glenmarie, Shah Alam, Selangor sejak September lalu.
MENARIK DIBACA: Anak bujang Shiera, Ijoy tunjuk bakat buat kopi... Airell seronok ceburi bidang perniagaan
MENARIK DIBACA: Fazley bidas ‘owner’ restoran suka malukan peniaga lain - “Orang macam ni rezeki sempit, hati susah nak cuci”
Baginya, peniaga perlu memberikan perhatian terhadap kualiti produk serta berusaha memperbaiki kelemahan dari semasa ke semasa.
"Focus je perbaiki diri sendiri dan consistent dengan produk. Insya-Allah berjaya juga lambat laun.
"Bila hati rasa perbuatan tu baik, maka Allah akan balas dengan baik. Jangan tipu diri sendiri. Jaga hati," tulisnya lagi.