Didi Astillah hidang ayam gepuk, nasi lemak hingga kek kahwin BASS jadi tumpuan
KEMERIAHAN majlis kenduri rakyat penyanyi Bella Astillah dan Syed Saddiq di Muar pada Ahad menarik perhatian ramai apabila 10,000 tetamu hadir bagi meraikan pasangan merpati dua sejoli itu.
Selain teruja bertemu pasangan pengantin, sajian yang dihidangkan kepada tetamu turut mencuri tumpuan dengan pelbagai jenis makanan disediakan untuk orang ramai.
Menerusi hantaran seorang pengguna Threads, dia bertanyakan mengenai lauk-pauk yang disajikan pada majlis kenduri kahwin berkenaan selepas melihat ramai berkongsi beg cenderahati diterima.

"Yang pegi majlis BASS tu ada yang makan nasi tak? Nak tengok sebab dari tadi lalu beg goodies je. Tayangkan nasi dan lauk anda," tulisnya.
Hantaran itu dibanjiri komen tetamu yang masing-masing berkongsi foto dan rakaman video hidangan dinikmati sepanjang majlis berlangsung.
Rata-rata mereka memuji keenakan hidangan yang disediakan termasuk nasi lemak, nasi minyak bersama ayam masak merah, nasi ayam gepuk serta aneka lauk-pauk kampung.
MENARIK DIBACA: Jarang berlaku di Rembayung! Bella Astilah, Syed Saddiq diserbu... Pelanggan dah 'tak nampak' KA
MENARIK DIBACA: 12 outlet Auntea Jenny terima sijil halal, catat rekod jual hampir 86 juta cawan Mango Pomelo Sago
"Lalu pintu belakang nak balik dapat nasi lemak.
"Ni tengah ambil ayam gepuk pukul 6 lebih, dapat tengok Didi Astillah (adik Bella)," antara komen netizen.
Apa yang menarik perhatian, Didi Astillah turut dilihat menghidangkan nasi ayam gepuk kepada tetamu yang hadir.

Gelagatnya melayan orang ramai dengan mesra dan bersahaja turut menambahkan kemeriahan majlis.
Tidak kurang juga, beberapa tetamu berkongsi momen apabila berpeluang menikmati kek kahwin yang disediakan.
"Pengantin dah balik, nak makan nasi, tengok ada orang bagi-bagi kek tu yang beratur ambil," ujar seorang pengguna Threads.
Bella dan Syed Saddiq sah bergelar suami isteri pada 10 Oktober 2026 menerusi majlis akad nikah di Menara Merdeka Maybank, Kuala Lumpur.