Tular air okra bantu turun berat badan, nak buat pun tak susah!
SELAIN dijadikan lauk, bendi juga boleh dinikmati dalam bentuk minuman.
Air okra atau air rendaman bendi mendapat perhatian di Threads kerana dijadikan pilihan bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan.
Bendi sememangnya mengandungi pelbagai nutrien yang melengkapkan pemakanan seimbang termasuklah membantu merendahkan gula dan darah.
Seorang pengguna Threads, Afifahrose, berkongsi cara menyediakan air okra yang boleh dibuat sendiri di rumah menggunakan dua bahan ringkas.
Menurut perkongsian tersebut, air okra disarankan diminum pada waktu pagi sebelum sarapan sebagai sebahagian daripada rutin harian.

Bahan-bahan:
- 7 batang bendi
- 1 gelas air kosong
Cara penyediaan:
- Basuh bendi sehingga bersih.
- Potong bendi kepada beberapa bahagian.
- Masukkan ke dalam gelas berisi air kosong.
- Simpan di dalam peti sejuk selama enam hingga lapan jam atau semalaman.
- Air rendaman bendi sedia untuk diminum.
MENARIK DIBACA: Sushi Push Pop jadi fenomena di New York, disajikan dalam bekas silinder
MENARIK DIBACA: Bukan sekadar wangi, rupanya ada sebab lain daun bawang perai laris musim Tahun Baharu Cina
Bagaimanapun, air okra tidak terbukti secara khusus dapat membantu menurunkan berat badan.
Usaha untuk mencapai berat badan ideal masih memerlukan pemakanan seimbang, pengambilan kalori yang sesuai dan aktiviti fizikal secara konsisten.