Eina Azman percaya air tangan isteri, ibu ada magis! Tak kisah masak setiap hari
PELAKON dan usahawan Datin Paduka Eina Azman percaya air tangan seorang ibu sangat penting dalam keluarga, terutama untuk suami serta anak-anak.
Eina atau nama lengkapnya Ainur Syakina Azman berkata, walaupun memiliki pembantu rumah tugas mereka hanya sekadar 'membantu', berbeza dengan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.
Justeru, walaupun sibuk Eina akan pastikan dia memasak setiap hari untuk keluarga kerana mahu mereka merasai 'magis' air tangan seorang wanita bergelar isteri dan juga ibu.
Wanita berusia 30 tahun ini menganggap air tangan ibu dan juga isteri menjadi pengikat kasih sayang dalam sesebuah keluarga.
"Sebab itu orang kata kalau nak suami sayang, isteri kena 'ikat' perutnya. Tengoklah perut suami saya," katanya, ketawa.
TONTON VIDEO PENUH