Buat sendiri kuih keria guna 3 bahan, satu famili puas makan
KUIH keria menjadi antara kuih tradisional kegemaran ramai di Malaysia, lebih-lebih lagi ketika bulan Ramadan.
Teksturnya yang lembut di dalam serta sedikit rangup di luar ditambah pula dengan salutan gula menjadikan kuih ini amat sesuai dinikmati ketika sarapan atau minum petang.
Bagi yang teringin menikmati kuih keria air tangan sendiri, apa kata cuba resipi ini yang menggunakan tiga bahan mudah sahaja.
Resipi ini boleh dijadikan inspirasi buat mereka yang ingin mencuba menghasilkan sendiri kuih tradisional.
Bahan-bahan
- 500 gram ubi keledek
- 1 cawan tepung
- 1/2 cawan gula
MENARIK DIBACA: Panas-panas dari kuali , kuih peneram jadi tarikan pengunjung pasar malam
MENARIK DIBACA: Nasi lemak kampung beza rasanya, rahsianya 'peram' pakai surat khabar dan daun pisang baru padu
Cara penyediaan
- Kukus ubi keledek sehingga empuk dan lenyekkan sehingga hancur.
- Masukkan tepung ke dalam ubi keledek yang telah dilenyek dan gaul sehingga menjadi doh.
- Ambil sedikit doh, bentukkan menjadi bulat, tekan perlahan supaya leper sedikit dan cucuk bahagian tengahnya dengan jari bagi menyerupai bentuk donat.
- Panaskan minyak dalam kuali dan goreng kuih keria sehingga masak serta berwarna keemasan.
- Masukkan gula ke dalam kuali bersama sedikit air panas dan kacau sehingga gula larut dan menjadi sedikit pekat.
- Masukkan kuih keria yang telah digoreng dan gaul sehingga keseluruhan permukaannya disaluti gula.
- Angkat dan biarkan seketika sehingga salutan gula mengering sebelum dihidangkan.
- Kuih keria yang manis dan lembut ini boleh dinikmati bersama secawan kopi atau teh panas untuk sarapan mahupun minum petang.