Bebola ayam 'homemade'... Masak sup atau goreng, 'confirm' sihat dan sedap
KALAU anda ada lebihan dada ayam di rumah, apa kata cuba buat sup bebola ayam 'homemade' yang tentunya lebih menyihatkan.
Menariknya, bebola ayam yang dihasilkan boleh digunakan untuk memasak dua versi makanan iaitu sup dan goreng.
Bahan istimewa ini juga tidak mengambil masa yang lama untuk membuatnya, malah anda boleh lakukan bersama anak-anak.
Sama ada dihidangkan bersama kuah sup panas atau digoreng hingga warna keemasan, kedua-dua versi ini sesuai dijadikan lauk untuk keluarga, malah boleh dinikmati begitu sahaja sebagai snek.
Jom cuba resipi yang dikongsikan Dapur Mummy Adam di TikTok miliknya.

Bahan-bahan
Bebola ayam
- 2 cawan isi ayam (dikisar halus)
- 1/2 cawan suhun (dicelur air panas)
- 1/2 cawan sayur (lobak dan cendawan)
- 1 biji telur
- Garam
- Gula
- Minyak bijan
Sup/kuah
- 2 ulas bawang putih (dihiris)
- 2 batang daun bawang
- 4 cawan air
- 1 ketul tauhu putih (dipotong dadu)
- Cendawan hitam
- Cili merah
- Minyak bijan
- Air
MENARIK DIBACA: Nak buat 'clear soup', tapi gagal! Ini antara punca kuah sup jadi keruh
MENARIK DIBACA: Atikah Suhaime baru tahu rahsia cantikkan kulit lepas nikah lelaki Cina, kongsi resipi sup ayam mak mentua
Langkah penyediaan
- Sediakan mangkuk, masukkan semua bahan untuk buat bebola dan gaul sehingga sebati kemudian biarkan selama 10 minit.
- Didihkan air dalam periuk kemudian matikan api.
- Bulat-bulatkan adunan isi ayam tadi dan masukkan satu persatu ke dalam air mendidih.
- Bila bebola ayam dan penuh, hidupkan api sederhana dan biarkan bebola ayam masak dengan sempurna. Angkat dan ketepikan.
- Untuk sup, tumis bawang putih dan batang daun bawang sehingga naik bau, kemudian masukkan air secukupnya.
- Masukkan tauhu putih dan cendawan hitam. Biarkan sehingga mendidih.
- Masukkan bebola ayam dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Kacau rata bahan dan masukkan daun bawang, cili dan minyak bijan secukupnya.
- Untuk versi goreng pula, pecahkan sebiji telur dan pukul seperti buat telur dadar.
- Celup bebola ayam ke dalam telur dan goreng sehingga keemasan.
- Siap dan sedia untuk dihidangkan.