info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Tip & Trik

Cara nak bezakan udang laut dan ternak, jenis liar tentunya lebih manis

Lead Image

SEKALI pandang, udang laut dan udang yang diternak mungkin nampak sama sahaja. 

Bagaimanapun, bagi mereka yang terbiasa membeli makanan laut ada beberapa perbezaan yang boleh diperhatikan sebelum memutuskan untuk membuat pembelian.

Menerusi hantaran di Threads, seorang pengguna dikenali sebagai Syah Binar berkongsi perbezaan warna antara udang laut liar dengan udang yang diternak di kolam atau sangkar.

Perkongsian di laman Threads.

Menurutnya, udang laut biasanya mempunyai warna kulit lebih cerah dan kemerah-merahan berbanding udang bela yang kelihatan lebih gelap. 

"Yang mana satu udang laut dan udang bela?

"Yang atas (gambar) berwarna gelap ni udang bela sama ada kolam atau sangkar. Yang bawah tu udang laut/liar," ujarnya.

Tambahnya, udang laut juga dikatakan mempunyai rasa lebih manis dan dijual pada harga tinggi berbanding udang ternakan.

MENARIK DIBACA: Ramai tak makan, risau kolesterol tinggi! Realitinya udang banyak khasiat, manfaat kesihatan

MENARIK DIBACA: Kepala, kulit udang boleh dibuat minyak berperasa! Masakan lebih sedap, naik aroma

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman serta tip masing-masing untuk membezakan kedua-dua jenis udang tersebut.

Selain rupa dan warna, bekalan udang laut juga dikatakan lebih terhad mengikut musim.

"Udang laut lagi mahal berbanding udang bela. Udang bela lebih mudah didapati di pasar. Tapi, udang laut biasa ada dalam kuantiti terhad bermusim.

Komen netizen di laman Threads.

“Sejak terbiasa dengan kemanisan udang laut dah tak makan udang bela, maaf cakap, kepala dia tak manis macam udang laut,” antara komen netizen.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang berseloroh mencadangkan cara unik untuk mengenal pasti udang dengan dengan mengira jumlah kakinya.

“Bilang kaki dia. Kalau ganjil 'bela' kalau genap  liar,” seorang netizen berjenaka.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Rupanya pisau tumpul boleh diasah guna garam, cuka dan kentang

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Rebus tanpa air selamatkan tekstur, kekalkan manis kerang! Isi tak kecut, melekat di kulit

Terhangat