Rupanya pisau tumpul boleh diasah guna garam, cuka dan kentang
TENGAH ada 'mood' dan kerajinan nak memasak, tiba-tiba pisau pula tumpul sampai susah nak potong bahan masakan.
Memang boleh hilang 'mood' dibuatnya kalau berlaku situasi begini.
Lebih geram apabila pengasah pisau pula entah ke mana, sedangkan kerja di dapur masih banyak lagi.

Jangan risau, ada petua mudah yang boleh dicuba menggunakan bahan-bahan di dapur iaitu garam, cuka putih dan kentang.
Caranya cukup mudah dan hanya memerlukan beberapa langkah sahaja.
Kentang digunakan dalam petua ini kerana kandungan kanjinya yang boleh membantu menanggalkan kotoran pada permukaan pisau.
MENARIK DIBACA: Trik tajamkan pisau guna 3 bahan, 'confirm' macam baharu!
MENARIK DIBACA: Hampas kelapa paling berkesan tajamkan mata pisau blender, siap boleh hilangkan bau dan sisa minyak
Berikut adalah cara-caranya:
- Tabur garam pada permukaan pisau, kemudian siramkan sedikit cuka putih.
- Ambil separuh biji kentang dan gosok atau potong pada bahagian mata pisau.
- Selepas selesai, bilas pisau sehingga bersih dan lap menggunakan kain kering.