Resipi Sambal Nyet Bilis KA kembali tular, boleh buat sendiri - "Kita je yang lalai"
SETIAP kali nak beli Sambal Nyet Bilis yang dikeluarkan usahawan Khairul Aming (KA) mesti ‘sold out’, apa kata kali ini cuba buat sendiri?
Menerusi hantaran seorang pengguna Threads, tanpa kita sedari sebenarnya KA sendiri pernah berkongsi resipinya menerusi video masakan pada 2023.
“KA dah share resipi Sambal Nyet Bilis 2023. Korang je lalai,” kongsinya.
Kalau teringin nak rasa sambal hijau bilis yang pedas, masin dan cukup menyelerakan, apa kata cuba buat sendiri di rumah.

Jom Kuali kongsikan resipinya.
Bahan-bahan
- Ikan bilis secukupnya
- 12 biji lada hijau
- 10 biji cili padi hijau
- 1 biji bawang merah
- 1 biji tomato hijau
- 3 helai daun limau purut
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Serbuk perasa secukup rasa
- Minyak untuk menggoreng
MENARIK DIBACA: Sambal pahit sebab hangit masih boleh diselamatkan guna petua-petua ini
MENARIK DIBACA: “Niat betul-betul nak bawa suami” - Pembeli terpantas sambal KA
Cara penyediaan
- Goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Dalam kuali yang sama, goreng lada hijau, cili padi hijau, bawang merah dan tomato hijau.
- Tutup kuali dan biarkan bahan-bahan tersebut sehingga layu.
- Setelah layu, angkat semua bahan dan tumbuk menggunakan lesung batu sehingga lumat.
- Panaskan semula sedikit minyak dan tumis sambal yang telah ditumbuk.
- Masukkan tiga helai daun limau purut dan tumis sehingga sambal naik bau.
- Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa mengikut citarasa.
- Akhir sekali, masukkan ikan bilis yang telah digoreng dan gaul sehingga sebati.
- Sambal hijau bilis ala KA sedia untuk dinikmati bersama nasi panas.