Kolaborasi Hock Kee - KITKAT tawar keenakan coklat dalam sajian kopitiam
JENAMA kopitiam tempatan dari Johor, Hock Kee Kopitiam menjalinkan kolaborasi bersama "Made With" KITKAT dengan membawa keenakan coklat dan kerangupan wafer KITKAT ke dalam makanan dan minumannya.
Kerjasama ini menampilkan enam pilihan menu baharu, terdiri daripada empat minuman dan dua hidangan manis yang boleh dinikmati di semua cawangan Hock Kee mulai 19 November 2026.
Hock Kee × “Made With” KITKAT menyaksikan bagaimana semangat kerjasama ini dibawa ke meja kopitiam dengan sentuhan baharu pada minuman dan hidangan kegemaran ramai.

Dalam menghasilkan rangkaian menu ini, coklat KITKAT yang ikonik digunakan untuk mencipta kontras rasa dan tekstur menarik.
Pengasas Hock Kee Kopitiam, Nick Ng berkata pihaknya sangat teruja dengan kolaborasi yang menampilkan rasa coklat dan wafer KITKAT, di mana ia dianggap sangat dekat di hati rakyat Malaysia dan meja kopitiam.
MENARIK DIBACA: Aloft Langkawi kolaborasi dengan HWC Coffee rai ulang tahun ke-8, 4 kopi istimewa diperkenal
MENARIK DIBACA: Anak Malaysia rangkul gelaran naib juara Kejohanan Barista Dunia 2026
"Ini merupakan peluang untuk terus meraikan cita rasa yang menjadi identiti Hock Kee yang mencerminkan Malaysia.
"Pada masa sama, kami turut menawarkan sesuatu yang baharu untuk dinikmati oleh pelanggan setia mahupun mereka yang pertama kali berkunjung ke Hock Kee," katanya.
Enam menu baharu yang diperkenalkan ialah:
Cocoa Crunch Latte (RM15.90)
Matcha Cocoa Bliss (RM16.90)
Hor Ka Sai Special (RM9.90)
Sai Ka Hor Special (RM9.90)
Cocoa Delight Croissant (RM15.90)
Cocoa Crumble Toast (RM8.90)
Sementara itu, Pegawai Eksekutif Perniagaan Nestle Profesional Malaysia dan Singapura Yit Woon Lai berkata pihaknya memilih untuk bekerjasama dengan Hock Kee kerana jenama ini kekal setia kepada cita rasa kopitiam Malaysia, namun terbuka untuk meneroka rasa baharu.
"Pendekatan tersebut terserlah dalam menu baharu ini, bermula daripada coklat KITKAT yang lembut dan taburan yang rangup dalam Cocoa Crunch Latte hinggalah sentuhan coklat pada roti bakar kopitiam klasik menerusi Cocoa Crumble Toast," ujarnya.