Aloft Langkawi kolaborasi dengan HWC Coffee rai ulang tahun ke-8, 4 kopi istimewa diperkenal
SEMPENA sambutan ulang tahun kelapan, Aloft by Marriott Langkawi Pantai Tengah menjalinkan kolaborasi eksklusif bersama HWC Coffee.
Kerjasama itu bagi menawarkan pengalaman berbeza kepada tetamu, selain menggabungkan elemen kopi, kreativiti dan gaya hidup dalam satu sambutan istimewa.
Pengurus Besar Aloft by Marriott Langkawi Pantai Tengah, Shanmugam Thangavelu berkata sambutan ini bukan sekadar menandakan perjalanan lapan tahun hotel malah menunjukkan bagaimana hubungan dengan tetamu, kakitangan, pemilik hotel dan rakan kerjasama sepanjang tempoh operasi dihargai.
Menurutnya, kerjasama dengan HWC Coffee terjalin apabila kedua-dua jenama berkongsi minat terhadap pengalaman berbeza, kreativiti dan gaya hidup kontemporari.

"Kolaborasi ini memberi peluang kepada kami untuk mengetengahkan minat terhadap pengalaman minuman menerusi gabungan kreativiti, cita rasa dan hubungan bersama tetamu.
"Kami berharap kerjasama ini dapat menawarkan sesuatu yang berbeza kepada tetamu, selain terus mencipta pengalaman bermakna yang mencerminkan identiti Aloft," katanya.
Sambutan yang mengangkat tema 'Brewing 8 Years of Different' itu menyaksikan empat minuman istimewa hasil gabungan kepakaran kopi HWC Coffee dengan inspirasi cita rasa tropika diperkenalkan.
MENARIK DIBACA: Peti sejuk susu paling belakang, buah letak depan! Ramai tak sedar 'strategi' pasar raya
MENARIK DIBACA:Lelaki maut makan manisan 'inti' bahan letupan, biasa diguna untuk buru babi hutan
Koleksi minuman berkenaan menggunakan asas espresso dan cold brew yang digabungkan dengan bahan-bahan seperti mangga, pandan, markisa dan kelapa.
Minuman edisi terhad itu boleh dinikmati di W XYZ Bar, Aloft by Marriott Langkawi Pantai Tengah dalam tempoh promosi yang ditetapkan.
Selain itu, sambutan turut dimeriahkan dengan acara memotong kek sebagai simbolik ulang tahun kelapan hotel, selain sesi minum bersama bagi meraikan kerjasama antara kedua-dua jenama.

Para tetamu yang hadir juga berpeluang menunjukkan kreativiti masing-masing menerusi aktiviti menghias cawan kopi.
Menariknya, cawan yang telah dihias kemudiannya dipamerkan pada papan khas ulang tahun sebagai kenangan daripada para peserta.
Majlis itu menghimpunkan wakil media, tetamu jemputan, pemilik hotel, kakitangan serta rakan kerjasama dalam suasana santai.
Aloft by Marriott Langkawi Pantai Tengah merupakan hotel berkonsepkan gaya hidup yang terletak di Pantai Tengah, Langkawi.
Sejak mula beroperasi, hotel ini menawarkan pengalaman penginapan menerusi gabungan reka bentuk kontemporari, ruang sosial yang meriah, pengalaman menjamu selera serta suasana santai pulau peranginan.
Pendekatan itu selari dengan tiga fokus utama jenama Aloft iaitu minuman, budaya dan reka bentuk yang menjadi asas kepada usaha hotel berkenaan dalam menawarkan pengalaman berbeza kepada tetamu.