Sotong dalam tin digoreng kicap enaknya luar biasa
CUACA yang tidak menentu lebih-lebih lagi ketika musim hujan memang membuatkan selera makan kita turut 'bergelora'.
Dalam cuaca dingin, menu atau lauk ringkas pun enaknya boleh terasa luar biasa.
Antara menu yang boleh dicuba ialah sotong tin masak kicap resipi perkongsian seorang wanita dikenali sebagai Noor Inora.
Walaupun menggunakan bahan-bahan biasa, hidangan ini nampak cukup menyelerakan dan sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau malam.
Bagi yang sedang mencari idea lauk mudah tanpa perlu bersusah payah memasak di dapur bolehlah cuba resipi ini.

Bahan-bahan
- Sotong tin
- 1 biji bawang besar
- Beberapa ulas bawang putih
- 1 biji cili merah
- Sedikit minyak masak
- Sedikit air
- Kicap pekat secukupnya
- Garam atau perasa jika perlu
MENARIK DIBACA: Nasi Kerabu Kelantan kini dilindungi Cap Kolektif, tak boleh letak kubis dan tauge
MENARIK DIBACA: Sotong campur udang goreng kunyit bersama nasi putih, dah tak perlu lauk lain!
Cara penyediaan
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Masukkan bawang besar, bawang putih dan cili merah yang telah dihiris. Tumis sehingga naik bau dan sedikit layu.
- Seterusnya, masukkan sotong yang telah dipotong mengikut saiz pilihan. Kacau sebentar sehingga bahan tumisan bercampur rata dengan sotong.
- Tuangkan sedikit air bersama kicap pekat. Kacau rata dan biarkan ia mereneh seketika sehingga kuah menjadi panas serta sebati dengan bahan-bahan lain.
- Perasakan dengan garam atau bahan perasa mengikut cita rasa. Rasa dahulu sebelum menambah perasa kerana kicap juga sudah masin.
- Setelah semuanya sebati dan masak, bolehlah tutup api. Siap untuk dihidangkan!