Cara bancuh 'hot chocolate' sihat, aroma harum... Tenang, hilang segala stres
BAGI penggemar minuman coklat, menikmati secawan hot chocolate pekat, hangat dan beraroma sememangnya cukup menyenangkan serta menenangkan apatah lagi ketika berehat selepas seharian menjalani rutin harian.
Minuman coklat yang dijual secara komersial adakalanya mengandungi gula tambahan, krimer dan bahan pemanis lain.
Jika mahu menikmati minuman yang lebih ringkas dengan bahan-bahan pilihan sendiri apa kata cuba sediakan hot chocolate sendiri?
Menariknya, serbuk koko asli yang digunakan dalam resipi ini sebenarnya mengandungi sebatian flavanol yang mempunyai sifat antioksidan.
Flavanol dalam koko juga dikaitkan dengan beberapa manfaat kesihatan termasuk menyokong kesihatan salur darah.

Pada masa sama, menikmati minuman hangat seperti ini boleh menjadi sebahagian daripada rutin penjagaan diri untuk membantu tubuh berasa lebih tenang dan relaks.
Seorang wanita di Threads dikenali sebagai itsalayna_b berkongsi cara menyediakan minuman coklat, selain tidak lokek berkongsi resipinya untuk orang ramai.
"Jahat tak kalau saya simpan seorang resipi hot chocolate ni? Hari-hari minum bantu lower your stress hormone (bye cortisol!)" tulisnya.
Jom lihat cara penyediaannya:
Bahan-bahan
- 3 cawan susu badam tanpa gula
- 3 sudu besar serbuk koko asli
- 1 batang kayu manis
- 2 sudu besar sirap maple organik
MENARIK DIBACA: Bosan ayam goreng biasa? Cuba versi letak serai, sekejap je licin pinggan
MENARIK DIBACA:Balik dari luar negara, terkejut semua makanan 'dimaniskan'... Deria rasa orang Malaysia jadi bualan
Cara penyediaan
- Tuang tiga cawan susu badam tanpa gula ke dalam periuk bersaiz sederhana.
- Masukkan tiga sudu besar serbuk koko asli dan kacau sehingga sebati. Pastikan serbuk koko tidak berketul.
- Masukkan sebatang kayu manis untuk memberikan aroma dan rasa yang lebih harum.
- Panaskan menggunakan api kecil sambil dikacau perlahan-lahan. Elakkan daripada membiarkan susu mendidih terlalu lama.
- Tambah dua sudu besar sirap maple organik sebagai pemanis semula jadi. Kacau sehingga semuanya sebati.
- Setelah minuman cukup panas dan semua bahan bercampur rata, tutup api.
- Keluarkan batang kayu manis dan tuangkan hot chocolate ke dalam dua cawan.
- Hot chocolate homemade sedia untuk dinikmati ketika masih suam!