Aiskrim 'homemade' guna 3 bahan 'sihat' bantu tambah berat bayi
SEBAGAI ibu, melihat anak menikmati makanan disediakan pasti memberikan kepuasan, lebih-lebih lagi jika dapat pastikan bahan digunakan sesuai dengan keperluan mereka.
Menyediakan sendiri hidangan ringkas di rumah lazimnya memenuhi keperluan nutrisi tumbesaran anak kerana bahan digunakan semestinya sihat dan segar.
Seorang ibu berkongsi cara membuat aiskrim 'homemade' khas untuk si kecil hanya menggunakan beberapa bahan sahaja.
“'Mom to mom, please normalize aiskrim 'homemade' untuk anak-anak. Nak makan 10 kali sehari pun tak ada masalah, 'baby' tengah 'teething' pun boleh makan sekali,” tulisnya.
Menurut wanita itu, aiskrim yang disediakan sendiri turut berpotensi membantu menambah berat badan bayi menerusi penggunaan bahan seperti susu dan keju.
Cara penyediaannya juga mudah dengan semua bahan perlu dimasak terlebih dahulu sebelum disejukkan dan dibekukan di dalam acuan silikon.

Bahan-bahan
- 1 kuning telur
- 125ml susu UHT tanpa perisa
- Buah mangga atau buah pilihan lain
- 50ml keju mozzarella (dilarut)
MENARIK DIBACA: Buat kuih tradisi perlu kemahiran, harga boleh setanding pastri Barat - Chef Amir Gani
MENARIK DIBACA: Cara buat kuih kasturi 'anti gagal'! Mudah, tak rumit seperti disangka
Langkah penyediaan
- Masukkan kuning telur, susu UHT dan larutan keju mozzarella ke dalam periuk.
- Kacau sehingga semua bahan sebati.
- Hidupkan api kecil dan masak sambil dikacau sehingga adunan masak serta sedikit pekat.
- Tutup api dan biarkan adunan sejuk.
- Tuang adunan ke dalam acuan silikon, kemudian simpan di dalam peti sejuk beku sehingga keras. Pastikan adunan dimasak sempurna serta teksturnya sesuai dengan tahap perkembangan anak bagi mengurangkan risiko tercekik.
