Kombinasi rasa manis, masin dan lemak berkrim jagung susu berkeju bikin ketagih
BIJI jagung sejuk beku yang biasa dinikmati begitu sahaja boleh menjadi lebih istimewa apabila digabungkan dengan mentega, susu dan keju parmesan.
Resipi jagung susu berkeju ini juga cukup mudah disediakan, malah tidak memerlukan banyak bahan atau masa yang panjang.
Gabungan rasa manis berlemak daripada susu pekat, aroma mentega masin serta rasa keju yang tersendiri menjadikan hidangan ini lebih menyelerakan.
Paling enak dinikmati ketika masih panas, resipi ini juga sesuai dijadikan pencuci mulut pada waktu petang atau hidangan manisan untuk tetamu yang bertandang ke rumah.

Bahan-bahan
- 500g biji jagung
- 1 buku mentega masin (salted butter)
- 1 cawan susu cair
- 5 sudu besar susu pekat
- Keju parmesan (secukupnya)
MENARIK DIBACA: Lemak manis, lembut 'gedik-gedik'... Kaswi jagung bersantan bikin anda jatuh cinta
MENARIK DIBACA: Masak bubur jagung paling mudah, ada ‘trik’ nak bagi lagi sedap
Langkah penyediaan
- Kukus biji jagung selama 10 hingga 15 minit.
- Cairkan mentega masin (salted butter) dan masukkan biji jagung rebus lalu kacau sehingga sebati.
- Masukkan susu cair dan susu pekat, lalu kacau perlahan selama lima minit.
- Masukkan keju parmesan secukupnya mengikut kehendak anda, kacau sebentar lebih kurang seminit.
- Siap dan sedia untuk dihidangkan ketika masih panas.
