Kelapa bakar ikhtiar dapat zuriat, pasangan TTC kongsi pengalaman
PELBAGAI ikhtiar dilakukan pasangan suami isteri yang mengimpikan kehadiran zuriat sendiri (TTC).
Selain mendapatkan rawatan kesuburan dan menjaga pemakanan, ada juga mencuba petua tradisional sebagai salah satu usaha, di samping tidak putus berdoa mengharapkan rezeki menimang cahaya mata.
Di Threads seorang wanita menjadi perhatian apabila berkongsi amalan minum air kelapa bakar dan mendakwa kitaran haidnya menjadi lebih lancar.
"Lepas amalkan kelapa bakar ustaz ajar, Alhamdulillah period lancar dah. Sebelum ini dua hingga tiga hari sahaja. Semoga ada rezeki dikurniakan cahaya mata, penutup 2026. Amin," tulisnya.

Menjawab pertanyaan di ruangan komen, wanita ini berkata bagi mereka yang ingin mengetahui cara penyediaannya boleh menonton video di TikTok menggunakan kata kunci 'kelapa bakar Ustaz Mujahidin'.
"Bahan-bahan digunakan kelapa muda, serai, lada hitam dan garam.
"Best minum kelapa bakar suam-suam. Semoga dengan ikhtiar kelapa bakar ini, kita diberi peluang merasa menjadi seorang ibu dan ayah tidak lama lagi. Amin," kongsinya.
Sebelum ini, Perawat dari Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin, Melaka, Ustaz Mujahidin Al-Banjari pernah berkongsi tentang ikhtiar tradisional bagi pasangan sedang berusaha mendapatkan zuriat.
MENARIK DIBACA: Kecoh deodoran haruman 'chicken nugget' di pasaran - "Ada orang akan bau ayam sepanjang hari"
MENARIK DIBACA: Banyak khasiat minum air rebusan daun kari, mampu rawat buasir dan cegah bau badan... Tambah halia lagi umphh!
Amalan ini juga dikaitkan dengan usaha membantu masalah dalaman wanita, termasuk senggugut, haid tidak teratur dan cyst.
Di ruangan komen, beberapa pengguna mendakwa pernah mencuba amalan ini sebelum dikurniakan cahaya mata.
"Alhamdulillah dengan izin Allah, saya minum sekali sahaja bersama isteri. Kongsi satu kelapa bakar, kami dapat anak yang kedua selepas tujuh bulan anak pertama gugur.
"Selamat berikhtiar semua pejuang TTC, saya TTC selama tujuh tahun, Alhamdulillah bayi dah enam bulan sekarang.

"Saya buat juga setahun lalu, Alhamdullilah atas izin Allah dapat seorang anak. Insya-Allah rezeki lain pula lepas ni.
"Selama 22 tahun, saya ikhtiar cara ni, Alhamdulillah ada lima anak sekarang. Tapi dulu kena guna kelapa tompok atasnya merah. Susah nak cari pokok kelapa tu," antara komen netizen.
Buat pasangan sedang berusaha mendapatkan zuriat, ikhtiar peribadi dan doa boleh diteruskan mengikut kepercayaan masing-masing.
Pemeriksaan doktor tetap penting, terutama jika mengalami haid tidak teratur atau sudah mencuba untuk hamil selama 12 bulan tanpa berjaya, atau enam bulan bagi wanita berusia 35 tahun ke atas.
