info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Moden

[V] Maryam You Narae kongsi cara buat Gorungji, snek keledek viral di Korea

Lead Image

TREND makanan dari Korea Selatan sering menarik perhatian ramai, apatah lagi jika ia mudah disediakan menggunakan bahan-bahan ringkas.

Terbaharu, snek berasaskan ubi keledek dikenali sebagai Gorungji mula mencuri perhatian dan tular di Korea Selatan.

Menariknya, snek ini boleh disediakan sendiri di rumah tanpa memerlukan banyak bahan atau teknik memasak yang rumit.

Pempengaruh, Maryam You Narae turut berkongsi resipi Gorungji menerusi [video] masakannya yang memaparkan cara menyediakan snek berkenaan.

"Orang Korea sekarang makan ubi macam ni! Takkan kita tak cuba," kongsinya ringkas.

Bagi yang ingin mencuba kelainan dalam menikmati ubi keledek, resipi ini boleh dijadikan pilihan untuk kudapan seisi keluarga.

Gorungji boleh disediakan menggunakan ubi keledek, minyak zaitun, madu dan bijan sebagai kudapan ringkas.

Bahan-bahan

  • Ubi keledek
  • Minyak zaitun
  • Madu
  • Bijan

MENARIK DIBACA: Anak bosan bekal menu sama? Buat roti keju carbonara, 'confirm' licin bekas

MENARIK DIBACA: Cuma spageti kuah susu, sedih tengok rupa carbonara 'kids meal'! Harga boleh tahan mahal

Langkah penyediaan

  1. Potong ubi keledek yang dikukus kepada kepingan setebal kira-kira 2cm.
  2. Susun kepingan ubi keledek di atas dulang pembakar disapu minyak zaitun.
  3. Leperkan setiap kepingan menggunakan bahagian bawah cawan sehingga menjadi nipis.
  4. Sapu sedikit minyak zaitun pada permukaan ubi keledek.
  5. Bakar pada suhu 200 darjah Celsius selama 10 minit.
  6. Terbalikkan ubi dan bakar lagi selama 10 minit sehingga permukaannya menjadi keemasan dan rangup mengikut kesesuaian ketuhar.
  7. Sapu madu pada permukaan ubi keledek dan taburkan bijan secukupnya.
  8. Siap! Gorungji boleh dinikmati sebagai kudapan.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Moden

Rahsia sandwic telur kedai serbaneka sedap, tahan lama! Buat sendiri puas makan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Moden

Buat karbonara cara orang Itali! Tak guna krim masakan, itik salai beri aroma 'smoky'

Terhangat