Chef Fikree kongsi rahsia bihun goreng sedap... Gaul 'tepi' dulu, baru goreng atas api
KETIKA menyediakan bihun goreng, ramai sudah terbiasa memasukkan bihun ke dalam kuali hanya selepas rencah siap ditumis.
Tiada apa yang salah jika anda menggunakan cara itu, tetapi ada satu lagi kaedah untuk menghasilkan bihun goreng lebih sedap dan sebati rasanya.
Teknik ini dikongsikan oleh Cef Fikree Aznan yang menyarankan supaya bihun digaul terlebih dahulu bersama bahan rencah sebelum digoreng.
"Gaul bihun dengan rencah siap-siap sebelum goreng. Ni petua masak bihun boleh cuba," katanya di Threads.
Dia turut menjelaskan bahawa cara memasaknya tidak banyak beza daripada kaedah biasa.

"Tumis macam biasa, cuma bihun tu gaul dekat luar segala kicap, black pepper, garam, sos tiram atau apa ke yang nak digaul.
"Yang bahan tumis, ayam ke apa, tumis macam biasa kemudian masuk bihun yang digaul," kongsinya lagi.
Perkongsian itu turut menarik perhatian warganet yang tampil berkongsi bahawa mereka juga sudah lama mengamalkan cara ini ketika memasak mi, kuetiau mahupun nasi goreng.
"Saya akan gaul sos dan kicap dulu dekat mihun sebelum masak. Perap sekejap. Lepas tu masak memang lain rasa dia.
"Pernah tengok mak mentua simbah kicap dekat mi kuning sebelum goreng, kasi perap dulu. Memang padu.
"Selalu buat kuetiau je gaul siap-siap dengan rencah. Bihun pun boleh rupanya," komen beberapa warganet.

Tidak kurang juga netizen yang berkongsi mereka menggunakan teknik sama ketika menyediakan nasi goreng.
"Dulu ingat saya buat sebab nak mudah tapi sebenarnya bagi lagi sedap. Nasi goreng pun saya gaul siap-siap bahan tambahan. Kalau nak letak udang goreng ke, saya goreng udang kemudian angkat masuk dalam nasi yang hendak digoreng. Sebab fikir apa, last-last semua benda nak kena mix sekali.
"Arwah opah buat nasi goreng macam ni. Dia season nasi dulu lepas tu tumis bawang cili. Sumpah sedap.
MENARIK DIBACA: Dikatakan mujarab, bantu sembuh banyak penyakit! Ramai kagum keistimewaan daun jarak
MENARIK DIBACA:Minum kola, makan garam antara tip elak perut meragam dan cirit birit bercuti di 'overseas'
"Macam nasi goreng ikan orang lama-lama. Gaul bawang cili tumbuk dengan ikan goreng dulu baru masuk kuali. Sedap cuba la," komen netizen lagi.
Malah, ada juga yang menyarankan agar ditambahkan sedikit cuka dalam masakan tersebut.
"Kalau mak mentua letak cuka sikit. Baru naik umph," komen seorang netizen.