Dikatakan mujarab, bantu sembuh banyak penyakit! Ramai kagum keistimewaan daun jarak
SESETENGAH orang mungkin mengenali daun jarak sebagai tumbuhan biasa tetapi bagi mereka yang membesar dengan petua orang lama, daun ini mempunyai pelbagai kegunaan.
Di Threads seorang wanita berkongsi pengalamannya menggunakan daun jarak sejak kecil yang dikatakan mempunyai pelbagai manfaat kesihatan kepada tubuh.
Dia berkata, rambutnya pernah mengalami keguguran sehingga botak di bahagian tengah kepala dan menyifatkan daun menjadi penyelamat ketika itu.
"Daun jarak ni memang penyelamat hidup. Dari kecil rambut aku tetiba botak tengah kepala literally rambut tak ada.
"Gosok air dari batang dia kat rambut terus naik rambut. Bayi saya pun mak tuam guna daun jarak ni memang tak kembung perut dan kuat kentut.
"Walaupun aku ada gastrik, mak tuam juga dengan daun ni lega weh. Tak tahu pula sains di sebalik daun jarak ni," tulisnya.

Perkongsian itu menarik perhatian ramai sehingga ruangan komen turut dibanjiri cerita pengalaman serupa.
"Anak saya pun pakai daun ini masa newborn sebab asyik kembung je sampai biji pun ikut bengkak macam burut (angin pasang). Satu minggu straight pakai daun ini Alhamdulillah.
"Macam-macam urutan saya buat tak jalan juga. Segala minyak telon, rub, kayu putih semua tak jalan weh. Anak okay sekarang dan umur 3 tahun dan 2 tahun. Kalau di tempat saya, daun ini kena panggil daun tangan-tangan," kongsi salah seorang netizen.
Tidak kurang juga ada yang mendakwa daun jarak pernah digunakan untuk membantu merawat luka sejak zaman kanak-kanak.
"Dulu kecil-kecil kalau luka, tak sapu gamat cari daun ni. Ambil getah dia, tu la cepat luka cantum," katanya.
Malah, ada yang mengimbau petua ibu bapa mereka menggunakan daun jarak untuk membantu melegakan batuk ketika kecil.

"Dulu waktu kecil tiap kali batuk my parents akan ambil daun ni, sapu Vicks and bakar daun ni hingga kehitam-hitaman sikit sampai keluar bau daun tu sendiri.
"Kemudian lekat kat dada dan belakang, ikat guna kain biarkan bermalam. Confirm tidur lena, hari-hari buat sampai sembuh pun tiada masalah tau!" kongsinya.
MENARIK DIBACA: Keliru antara Americano, latte, espresso? Ini maksud 10 istilah kopi antarabangsa dan versi Malaysia
MENARIK DIBACA:Rupanya ada beza rasa kuah asam pedas dibuat guna asam keping dan asam jawa
Bukan itu sahaja, ada yang berkongsi daun jarak ini berguna untuk melegakan masalah terseliuh dan bengkak.
"Arwah bibik saya orang Jawa, lepas urut kalau terseliuh dia akan tampal daun ni dekat tempat terseliuh tu tapi kena layurkan atas api tambah minyak masak sikit. Best memang surut bengkak, bau masa layurkan tu fuh wangi!
"Bibik saya bagitahu kalau dulu orang makan buah dia untuk mandul/tak nak pregnant, tak tahu betul ke tak," komen netizen lagi.